SINOPSIS CHANDRA NANDINI (TV3)

SINOPSIS CHANDRA NANDINI (TV3) - Selain dari drama India berjudul Naagin, salah satu drama India yang aku suka nak tonton sekarang ini adalah Chandra Nandini yang sedang ditayangkan di TV3, jam 4 petang. Best juga jalan cerita dia, based on true story dari kisah Chandragupta Maurya.


JUDUL : CHANDRA NANDINI
EPISOD : 286 episod
HARI/MASA : Isnin hingga Khamis, jam 4 petang
SALURAN : TV3
PENGARAH : Ranjan Kumar Singh , Ekta Kapoor
PELAKON : Rajat Tokas, Shweta Basu Prasad, Siddharth Nigam, Avneet Kaur

SINOPSIS CHANDRA NANDINI

Mengisahkan tentang Chandragupta Maurya, iaitu seorang pengasas kerajaan Maurya, seorang pahlawan hebat dan berkuasa, dan dia dikenali sebagai penyatu semua benua India.


Suryagupta dan Moora

Kisah ini bermula apabila Suryagupta Maurya telah dibunuh oleh tukang gunting rambut istana iaitu Nanda. Pada mulanya, Suryagupta dan Moora mendapat jemputan ke istana dari Ratu Magadh, Avantika. Avantika dan suaminya adalah kawan baik pada Suryagupta dan Moora.



Avantika dan Raja Magadh
Avantika dan Nanda

Di belakang suaminya, Avantika telah menjalinkan hubungan dengan Nanda. Dan Avantika sedang mengandungkan anak kepada Nanda. Kejadian itu dilihat oleh Suryagupta dan dia ingin memberitahu kebenaran pada sahabatnya, yang merupakan suami pada Avantika. Namun, Nanda lebih pantas dan dia telah membunuh suami Avantika.

Nanda kemudian membunuh Suryagupta. Namun, sebelum dia dibunuh, Suryagupta sempat menyelamatkan isterinya, Moora yang ketika itu sedang sarat mengandung. Suryagupta dibunuh di depan mata Moora.



Ketika melarikan diri, Moora mula berasa sakit ingin bersalin. Akhirnya dia selamat melahirkan seorang putera dan diberi nama Chandragupta. Setelah melahirkan Chandragupta, Moora bersumpah, Chandragupta akan menggantikan bapanya sebagai penaung dan Maharaja Maurya.

Moora telah meninggalkan Chandragupta di suatu tempat. Sebelum ditangkap, Moora meninggalkan tanda pada lengan Chandragupta. Sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak telah mengambil dan menjaga Chandragupta.



Di istana Magadh, Nanda mengistiharkan dirinya sebagai Raja Magadh yang baru. Dia juga berniat menjadikan Moora sebagai ratunya. Namun Moora tetap setia dengan Suryagupta, dan dia rela dipenjarakan daripada menjadi ratu pada Nanda, pembunuh suaminya.


Beberapa tahun kemudian, Chandragupta mula membesar menjadi seorang yang sangat kuat. Dia juga mula mengenali Nandini, anak kepada Nanda. Namun perkara itu tidak diketahui Chandragupta.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments

  1. okey, agak pening akak baca sinopsis dia..hehe..kena tgk ni..tapi time kerja waktu siaran dia...

    ReplyDelete
  2. alaa petang ye auni, kak ana siang2 tak tengok tv laa pulak hehe :)

    ReplyDelete