SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI (TV3)

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI (TV3)

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI (TV3) - Jangan lupa menyaksikan drama Setelah Ku Dimiliki di slot Akasia TV3, mulai 29 Oktober 2019, Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam. Setelah Ku Dimiliki menampilkan gandingan Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah sebagai watak utama.

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI (TV3)

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
HARI/MASA : Isnin-Jumaat, 7 malam
SLOT : Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan 

SINOPSIS SETELAH KU DIMILIKI


Drama ini mengisahkan tentang Sarrafia. Dia memulakan kehidupan di sebuah pusat penjagaan , iaitu Rumah Azirah. Setelah dua tahun, seorang lelaki yang tidak pernah Sarrafia lupa, Adriz, muncul kembali di dalam kehidupannya. Namun, disebabkan Adriz kehilangan upaya ingatan, maka dia tidak mengenali Saraffia.




Adriz sebelum ini merupakan seorang lelaki yang liar dan suka berfoya-foya. Sedarnya dia dari koma, dia tidak lagi mengingati kehidupannya yang lama, dan dia mula berubah sikap. Adriz mengetahui ayahnya memiliki rumah penjagaan bernama Rumah Azirah. Azirah adalah sempena nama kepada ibu Adriz. Di Rumah Azirah, dia diperkenalkan dengan Sarrafia.

Adriz bernekad untuk menguruskan Rumah Azirah kerana ingin meringankan beban ayahnya yang sibuk. Di Rumah Azirah, Adriz mula mendekati Sarrafia, namun gadis itu sering mengelak dari bertemu dengan Adriz.

Perkara itu menghairankan Adriz. Apakah cerita di sebalik perhubungan Adriz dan Sarrafia sebelum ini? Jangan lupa menyaksikan drama menarik ini, okay?



Post a Comment

0 Comments