TAK SABAR NAK JOIN FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 !

TAK SABAR NAK JOIN FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 ! - Aku kan baru berjinak-jinak dengan larian. Walaupun hakikatnya aku tak adalah berlari sangat pun. Bila dah mula, rasa seronok. Walaupun ada sakit-sakit badan, aku tak melayan sangan. Aku teruskan dengan penuh semangat.

Masa iklan event ni muncul dekat feed Facebook aku, aku mula rasa excited. Tapi masih berfikir panjang, memandangkan tempatnya agak jauh dari rumah aku. Makan masa 1 jam juga. Lepas tu aku fikir, aku dah lama tunggu Fun Run melibatkan kidney since aku kidney failure kan?


Aku tanya Is, kalau dia izinkan. Yela, kan dia yang drive. Tukang bawa aku kemana-mana. Jadi semuanya terserah pada suami aku. Alhamdulillah, Is izinkan aku pergi.

Terus aku proceed registration. Sebenarnya hari event tu selepas aku kuarantin ambil Radioactive. Mungkin penat sikit, jadi aku hanya ambil larian 3km je. Walaupun jiwa meronta nak ambil 5km. Cuma aku taknak merisikokan diri sendiri.



Untuk korang yang nak join, masih ada masa lagi untuk korang daftar sebelum tarikh tutup, iaitu 3 November 2019. Jom ramai-ramai support event ini disamping memupuk kesabaran tentang Transplant :)

DETAIL FIKIR TRANSPLANT RUN

Tempat : Padang Kawad UiTM Shah Alam Campus
Tarikh : 24 November 2019
Masa : 6:45pagi

KATEGORI

FINISHING MEDAL

Post a Comment

1 Comments

  1. Sis bukan tak nak join run run ni tapi kederat memang dah tak mampu dah, nak naik tangga pun makan masa n kdg2 anak kena papah, bayangkan kalau sis join event macam ni...:D

    ReplyDelete