TERIMA MUSIBAH DENGAN REDHA

TERIMA MUSIBAH DENGAN REDHA - Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat semua. Lama aku tak menulis entri seakan macam ni. Semalam masa aku dan tuan suami balik dari Hospital Ampang ke Rawang, kami ditimpa musibah kecil.

Aku ada sedikit panic-attacked, terkejut hingga menggigil. Sebelum ini pun tuan suami pernah langgar kereta orang, ini kali ketiga, tak silap aku. Itulah sebab aku paling risau kalau dia driving seorang diri. Aku memang overthinking orangnya.


Nak dijadikan cerita, semalam masa aku leka melayan handphone, tiba-tiba dengar bunyi berlanggar. Dengar agak kuat juga. Itu satu punca kenapa aku menggigil panik. Aku tengok pula di depan, tuan suami melanggar kereta Honda CRV.

Mujur langgaran itu tidaklah seteruk bunyi yang aku dengar. Hanya calar sikit di bahagian belakang. Kereta tuan suami juga ada calar manja-manja je.


Tuan punya kereta Honda keluar dari kereta. Dia seorang lelaki Cina berusia lebih kurang 50-an. Sampai di sebelah tuan suami, dia senyum. Dia senyum dan bertegur sapa dengan suami. Aku pelik. Selalunya orang yang keretanya dilanggar mesti dah bising. Tapi Uncle Cina ini agak cool sikit.

Dimintanya RM50 sebagai habuan. Mujur dalam purse aku ada cash. Cash tuan suami masa tu habis, sebab dah belikan aku makan.

Aku jadi sedih sangat. Actually RM50 dari purse aku tu, tuan suami bagi buat belanja. Tapi salur ke benda lain pula. Aku sedikit frust. Aku diam. Tapi, tuan suami pujuk aku. Mungkin ada rezeki besar yang lain Allah Taala nak bagi. Mungkin RM50 tu bukan hak kami pun.

Betul, jika kita redha dengan musibah yang Allah Taala berikan, Allah Taala akan berikan ganjaran. Tidak kisahlah besar ataupun kecil. Kunci pada setiap musibah, adalah redha.


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[ Surah At-Taghabun, ayat 11 | 67:11 ]



Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah, rina suka konsep pemikiran auni ni. Konsep redha kita pada sesuatu perkara, pasti Allah hadiahkan rezeki yang terbaik buat kita nt.

    ReplyDelete