ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 23


Helena ingin memerangkap Nandini. Dia mengupah dayang untuk membebaskan Dhananand, dan ingin menuduh Nandini yang melakukannya. Nandini tidak tahu dia bakal diperangkap. Dia sendiri merancang ingin membebaskan abangnya, Dhananand.

Nandini membantu Chaya mengutuskan surat secara rahsia pada kekasih Chaya. Namun akhirnya rahsia itu terbongkar kerana Chandra melihat peristiwa itu.


Chandra menuduh Nandini mempunyai kekasih hati. Dia terus menjatuhkan hukuman pada Nandini tanpa usul periksa. Kerana rasa bersalah, akhirnya Chaya menceritakan cerita sebenar. 


Dhananand terlepas dari tahanan penjara. Perkara itu menggembirakan Helena dan dia memberitahu Chandra, semua itu perbuatan dari Nandini. Namun Chandra mula bersikap adil dan tidak mempercayai Helena secara membuta tuli.

 TONTON CHANDRA NANDINI EPISOD 23  



Post a Comment

0 Comments