3 CARA UNTUK MENIKMATI NACHOS

3 CARA UNTUK MENIKMATI NACHOS - Siapa suka makan Nachos? Aku selalu makan yang dalam pack-pack tu haa.. Tapi kalau matsalleh, diorang suka makan Nachos ni main cicah-cicah dengan Avocado dan salsa. Ehh sambil menaip pun terliur uolsss..



Nachos adalah sejenis kepingan tortilla yang dipanaskan, berasal dari Utara Mexico. Di Mexico, Nachos dijadikan sebagai makanan ringan atau pembuka selera. Awalnya, Nachos dihidangkan dengan sos keju, kemudian semakin dipelbagaikan mengikut peredaran zaman.


So, aku nak kongsi macam mana nak makan Nachos ni selain makan begitu saja? Sebenarnya banyak cara sedap nak menikmati Nachos.


NACHOS KLASIK

Biasanya, Nachos klasik menyerlahkan dua bahan, iaitu Nachos dan keju. Tambahkan apa saja topping yang menyerlahkan rasa dua bahan ini. Cara membuat Nachos klasik yang sedap aku kongsi dibawah.

● Cip Nachos dari tepung jagung, dari tepung gandum pun okay
● Keju - Cheddar ataupun mozarella. Boleh campur kedua-duanya
● Salsa Pico de Gallo
● Cili jeruk (biasanya guna jalapeno)
Kacang hitam - bukan satu kemestian ya
● Daging atau ayam cincang yang sudah dimasak
● Krim masam

Homemade salsa Pico de Gallo :  - tomato, bawang merah dan daun ketumbar dicincang, campur dengan jus limau & garam

Caranya, taburkan keju atas Nachos, bakar atau microwave sehingga keju cair, dan taburkan semua topping. Celup dalam krim masam, dan silakan nikmati Nachos korang dengan penuh berhemah.



NACHOS BBQ

Untuk Nachos BBQ pula, biasanya menggunakan Nachos dari cip kentang. Boleh je buat sendiri, kalau malas, beli jenama Cottage atau Chipster pun okay.

● Cip kentang
● Keju jenis pepperjack atau mozarella, boleh guna cheddar juga
● Salsa Pico de Gallo
● Krim masam
● Ayam atau daging BBQ yang dicarik
● Sos BBQ

Susun cip kentang dalam dulang pembakar. Kemudian letak keju dan bakar. Boleh juga microwave hingga keju cair. Biarkan cip sejuk sebentar, hiaskan dengan salsa, krim masam, ayam/daging yang dicarik serta sos BBQ. Sedia untuk dinikmati.



NACHOS (PENCUCI MULUT)

Selain dihidangkan secara savuri, Nachos juga boleh dijadikan sebagai pemanis mulut . Perisa dari kayu manis akan menaikkan lagi rasa Nachos.

● Nachos dari tepung jagung
● Gula putih
● Sedikit serbuk kayu manis
● Mentega cair
● Sos coklat
● Sos karamel
● Krim putar

Susun Nachos dalam dulang, Tuang mentega cair dan taburkan serbuk kayu manis dan gula putih. Kemudian bakar sebentar hingga rangup. Keluarkan Nachos dan boleh paipkan sos coklat ataupun sos karamel, hidangkan bersama krim putar.


Macam mana? Dah dapat idea untuk minum petang? Sesekali tukar selera Mexico, apa salahnya kan? Selamat mencuba ya !

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

1 Comments