5 NOVEMBER 2019 : SUNTIK THYROGEN HARI KEDUA

5 NOVEMBER 2019 : SUNTIK THYROGEN HARI KEDUA - Untuk suntikkan hari kedua, aku tak ada cerita sangat sebenarnya. Cuma aku diselubungi ketakutan pasal tekanan darah. Aku betul-betul nak settle buat RAI sebab aku ada agenda lain selepas ni.

Aku pergi lambat sikit. Sebab staff cakap, diorang nak tunggu 24 jam baru boleh cucuk. Disebabkan hari semalamnya aku cucuk ubat dalam pukul 2 lebih, maka aku datang dalam tengahari. Perut memang kebulur lapar, pagi tu aku jamah biskut kering je.

5 NOVEMBER 2019 : SUNTIK THYROGEN HARI KEDUA

Sesampainya aku ke Jabatan Nuklear, staff suruh aku rehat kejap. Asal muka aku je mesti suruh rehat. haha ! Masing-masing risau tekanan darah aku rendah lagi. Tapi alhamdulillah, aku okay je.

Dalam pulul 2 lebih dalam kitaran waktu yang sama untuk first injection, staff cucuk aku. Dia bagi penerangan sikit tentang side effect dan harga Thyrogen ni. Bukan murah uolsss...

RM500 untuk satu suntikan. Dah kalau dua suntikan, maksudnya RM1000 ! wowowo...


Selesai suntik Thyrogen kedua, aku disuruh rehat lagi. Dia kata effect Thyrogen ni kuat juga. Memang ada patient akan rasa lemah sangat. Tapi aku degil, dah rehat lepas kena cucuk tu, aku ajak Is pergi makan kat Melawati Mall, angkut adik-adik sekali.




Kalau dah berjalan-jalan tu, of course lah penat kan? Tapi degil bukan kepalang. Perut dah lapar, ajak Is pergi makan, baru jamah sikit, tekak dah melugai.

Balik rumah, memang aku muntah sampai lembik badan. Dah muntah, malam tu demam pula. Ini memang effect Thyrogen, sebab 6 bulan lepas aku mengalami perkara yang sama. So memang kena rehat untuk sesiapa yang ambil Thyrogen ni ya :) JANGAN DEGIL MACAM AKU.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments