AKU BUKANLAH MANUSIA YANG BOLEH BAGI INSPIRASI PADA SEMUA... TAPI AKU CUBA...

AKU BUKANLAH MANUSIA YANG BOLEH BAGI INSPIRASI PADA SEMUA... TAPI AKU CUBA... Apa aku tulis atau buat, kadang tak semua orang suka, apatah lagi nak terima. Aku akui aku pun ada khilaf diri sendiri. Dan khilaf aku itu sering menghantui diri aku sendiri. Entahlah...

Bila aku tengok ada dikalangan insan yang disahkan sakit, jadi down, jadi stress, terus kena depression, percayalah, aku juga lalui perkara yang sama. Malah mungkin lebih teruk, tapi mungkin juga tidak seteruk mereka yang lebih teruk ujiannya dari aku.

AKU BUKANLAH MANUSIA YANG BOLEH BAGI INSPIRASI PADA SEMUA... TAPI AKU CUBA...

Aku rapat dengan arwah Opah. Apa saja aku hanya berani cerita dengan arwah Opah. Lepas arwah Opah meninggal, aku rasa aku memang jalani hidup secara rebel. Aku suka sakitkan diri sendiri. Bila aku rasa sakit, aku puas.

Satu tahap, aku pilih untuk berkahwin. Bukan mudah aku harungi hidup perkahwinan. Suami aku jasadnya tidak normal macam orang lain. Sebelum berkahwin, ada ketika, aku terbayang kalau aku pengsan atau apa saja yang terjadi pada aku, macam mana suami aku nak handle keadaan aku?

Tapi ALLAH MAHA BESAR. Bukankah sesuatu kejadian itu bersebab? Mungkin ada hikmah besar? Mungkin Allah SWT nak gandakan pahala aku?

Aku terima seadanya suami aku. Aku serahkan 100% pada Allah Azza Wajalla. Aku tak kisah langsung keadaan suami aku. Cukuplah dia menerima aku, apa adanya aku.

Aku menahan emosi bila setiapkali berjalan dengan suami, orang mengajuk-ngajuk cara dia berjalan. Sekali sekala aku termarah juga, diam terus yang mengajuk-ngajuk tu. Bila aku down, suami akan cakap, "Biar jela sayang, abang dah biasa.... " aku sebagai isteri? SEDIH ! Aku sentap orang ejek suami aku.


Bila suami mula kena strok, dia jadi tak keruan, seolah bukan dia... Aku down lagi. Entah macam mana aku yang sakit ini nak handle suami yang tiba-tiba kencing berak bersepah. Aku stress. Tapi sebolehnya aku cuba tenang. Aku menangis, aku marah dia... Padahal masa tu dia sakit.

Dia langsung tak boleh angkat punggung untuk duduk atas kerusi. Aku paksa, aku desak dia, sampai satu tahap aku putus asa. Aku lari tinggalkan suami aku lebih kurang seharian. Bukan lari saja, aku cuba tenangkan fikiran. Aku tak ada kawan menumpang bahu, sebab masing-masing ada komitmen, aku faham.

Akhirnya ALLAH ketuk hati aku.. "Auni.... kau isteri... kau yang perlu berikan sokongan pada suami kau, sepertimana suami kau pernah sedayanya menjaga segala kebajikan kau..." tuppss! Aku terus bagi semangat pada suami. Alhamdulillah... akhirnya dia berjaya juga duduk di atas kerusi... Benarlah, semangat orang yang paling rapat salah satu punca kekuatan...

Suami bergantung hidup dengan kerusi roda sekarang. Aku tukang angkat kerusi roda keluar masuk kereta, aku juga yang tukang tolak suami. Walaupun badan aku kecil, dan nampak sangat terhegeh-hegeh. Ehh kisah apalah aku?


Dari mengeluh, terus aku terbiasa. Sehingga aku cakap, aku sanggup jika sepanjang hayat dia perlu bergantung di kerusi roda, cuma aku berdoa supaya dia tidak jatuh macam dulu, dan aku dikurniakan kudrat yang kuat untuk berada disisinya hingga nafas terhenti.

Disahkan pula mengalami Kanser Tiroid, betul-betul menduga emosi. Ya Allah.... bukan senang nak atasi perasaan yang up and down ni. Aku sendiri tak suka bila tengok diri sendiri beremosi. Orang siap cakap aku meroyan. Entahlah, satu tahap aku macam dah tak peduli.

" AUNI.... PASAL AWAK SAYA BERSEMANGAT... "
" AUNI.... KERANA AWAK SAYA LEBIH MENGHARGAI HIDUP... "

dan seterusnya.... Orang akan cakap, membaca kisah kehidupan aku punca inspirasi buat mereka. Alhamdulillah, syukur. Syukur sangat... jika kerana kisah aku, ada yang mampu berlawan emosi dan tangis. Aku happy !

Jujurnya aku malu... malu sangat.

Sebab aku rasa aku zero, aku bukanlah kuat. Aku antara manusia yang kuat mengeluh. Cuma keluhan aku sekarang ini, aku lebih suka meratap di tikar sejadah. Di situ aku mampu menangis puas-puas, selepas itu aku dapat kembali kekuatan yang luar biasa.

Aku cuma harap, satu masa aku boleh bantu orang-orang yang down, terus jadi bersemangat. Sebab aku pernah lost hope, aku rasa tak berguna, aku ada trauma yang tak dapat aku jelaskan...

Seperti sebelum ini, aku hanya akan melihat ujian orang yang lebih besar dari aku. Setidaknya kehidupan aku masih disinari cahaya, masih mampu berkata-kata, masih juga mampu mendengar walaupun tuli kadangkala.


Aku sentiasa belajar bersyukur, bersyukur, dan bersyukur. Aku kurangkan mengeluh pada manusia, aku lebihkan mengeluh pada YANG ESA. Aku tak baik... Aku seorang yang pernah gagal dalam hidup, tapi aku cuba isi sisa-sisa hidup aku dengan cuba memberi semangat pada orang lain.

Dan apa saja orang nak kata tentang aku, aku okay saja. Sebab aku suda tiada daya langsung nak puaskan hati semua :)

Saja aku nak cerita, sebab dulunya blog adalah diari harian aku. Haha ! Okaylah korang, sorry terjadi serius pula dalam entri yang ini.

The writer,
Auni Muthal'lib
Kidney & Thyroid CA Fighter
.................................................................

Post a Comment

0 Comments