KAKI TERSELIUH TAPI MASIH BERJUANG 3 KM DI FIKIR TRANSPLANT RUN 2019

KAKI TERSELIUH TAPI MASIH BERJUANG 3 KM DI FIKIR TRANSPLANT RUN 2019 - Tak larat jangan paksa.. Ramai orang cakap macam tu kan? Actually, aku pun ada limit aku, kalau aku tak mampu, aku takkan pressure diri sendiri. Sebab aku tahu, once aku paksa, badan aku lagi weak.

Tapi aku tahu aku masih mampu. Sehari sebelum aku join Fikir Transplant Run 2019 di UiTM Shah Alam, kaki aku terseliuh. Aku agak frust mulanya. Event Fikir Transplant Run ni aku nak join sangat sebab event ini yang melibatkan sakit aku sendiri.


Punca terseliuh? Kejadian masa aku nak ambil Race Kit. Masa tu baru balik dialisis, gigih terus shoot ke Shah Alam. Lepas sampai tu, punyalah jalan dengan confident sampai aku tak perasan ada bendul kat depan mata aku. Terpeleout uiii~ Lepas ambil Race Kit, terus cepat-cepat masuk kereta, sapu minyak, urut-urut. Alhamdulillah pada hari event semalam, kaki aku okay sikit.

Aku dengan As @ Asmah

Pukul 5:50 pagi, aku dah keluar gerak dari Rawang ke Shah Alam. Pagi tu kabus tebal so lambat lah sampai. Ingat nak join zumba tapi tak sempat. Sampai je, As dah sambut aku. Dah 8 tahun tak jumpa As. Alhamdulillah di event funrun ni kami bertemu kembali. Aku juga bertegur dengan Dr. Nora. Pakar Nefrologi di Hospital Ampang.

With Dr. Iqbal & Kak Rashidah
Selfie lagi dengan Dr. Iqbal

Masa tengah get ready untuk larian 3km, Dr. Iqbal ajak aku bergambar. Haha! Terkejut je aku tau. Peramah sungguh beliau. For info, aku tak kenal langsung Dr. Iqbal ni. Mungkin Dr. Iqbal kenal aku wallahualam. Tapi terharu sangat bila Dr. Iqbal layan aku baik sangat. Tengah layan bergambar dengan Dr. Iqbal, aku perasan Kak Rashidah posing belakang aku. Adoiii

Sebelum mulakan larian, aku adalah peserta yang paling depan sekali. Bila dah mula, aku antara yang paling belakang sekali. Haha ! Masa larian tu, kaki aku dah start kejang, tapi aku lawan juga. Biarlah semua ke depan. Aku okay je ketinggalan. Adoi punyalah pujuk diri..... Lepas tu aku nampak Kak Marie melambai-lambai pada aku. Dia lari kedepan ntah kemana-mana dah... 

Lepas tu kawasan sekitar UiTM memang berbukit-bukau ya tuan-tuan dan puan-puan. Lepas dah mendaki bukit tu, aku rasa macam hilang kaki. Tak rasa pijak jalan tar. Dalam hati berkata-kata.. Mana kaki aku?? Mana kaki?? Minta kakiiiiiiiiiiiiiii !! Lolsss


Sampai ke finishing, dah tak daya aku nak acah berlari. Tapi sempat buat sign PEACE depan photographer. Kah ! Sepanjang jalan tu aku on and off, kejap berlari, kejap jalan itik, kejap lari anak ayam. Haaa malu je dengan budak kecik.

Kak Rashidah, Kak Ija, Altimet, Kak Marie, Kak Yatie

Yang paling best masa bergambar dengan Altimet. Oh lupa nak tahu, Altimet juga salah seorang jemputan dalam event ni. Beliau ambil larian 10km. Masa aku tengok Kak Marie and the gang semua ambil gambar in person je dengan Altimet, terus jiwa meronta. Buang rasa segan, terus minta Kak Rashidah tolong snap gambar. Hoho

Hmm dah lah berdiri tak sama rendah, kalau duduk pun Altimet tetap tinggi ~

PENGALAMAN EVENT FIKIR TRANSPLANT RUN 2019

Dekat event Fikir Transplant Run 2019 ini, aku dapat berjumpa ramai orang juga. Kebanyakkannya yang aku hanya kenal dekat FB termasuk Shazwali Taib dan Mazlan Ali. Kedua-duanya penerima organ. Bila aku pandang diorang, aku nampak aku. Semasa aku jadi penerima organ dari Mama dan orang yang aku tak kenal.

Masa dengar forum tentang pendermaan organ, aku jadi sebak. Tapi cuba juga control supaya orang tak nampak. Berjaya tahan sebak dan tidak menangis. Ada satu perasaan yang aku tak dapat ungkap. Mungkin teringat bilamana Mama derma tapi failed, kedua cadaveric kidney ada sel kanser. Tiba-tiba benda-benda tu flash balik.

Dengan Dr. Rafidah Abdullah

Sesudah layan emosi yang entah apa-apa tu, aku nampak Dr. Rafidah Abdullah. Terus excited. Dr. Rafidah adalah doktor yang merawat aku masa di Hospital Selayang dulu. Rasa terharu bila Dr. Rafidah masih mengingati aku.

Rasanya pengalaman masa event ni agak best. Aku dapat mengenali Dr. Iqbal secara dekat sebab sebelum ni nampak patient lain je mention nama beliau dekat FB. Aku dapat mengenali insan-insan yang survive lepas transplant. Aku jadi lebih teruja untuk sihatkan diri.

Mana tahu lepas ni ada rezeki aku dapat kidney? Kalau tak ada pun, aku okay saja. Unless, aku sihat. Tak sakit-sakit. Hemodialisis aku dah anggap macam facial dan spa. Walaupun side effect dia ganas juga (hypo selalu) ..

Aku pegang prinsip... 
"Bila kita raikan sesuatu itu dengan gembira, kita tak akan rasa susah...."


To my lovely husband, thank you so much sudi tunggu dalam kereta sampai 6 jam sebab bagi aku izin untuk spend time dalam event ini. Moga Allah SWT berikan kekuatan dan kesihatan yang baik pada suamiku, Norzam Iskandar.

Next event, 5km Time VS Run. Mampu ke? InsyaAllah. Badan aku milik Allah SWT. Aku sentiasa doa yang aku diberikan kekuatan pada roh dan jasad aku. Aku suka berpeluh dengan cara ni. Aku rasa sihat sangat tau ~

The writer,
Auni Muthal'lib



Post a Comment

0 Comments