BIAR SENDI LEMAH, DAN POSTUR BADAN BERUBAH, AKU TETAP JOIN KIDNEY CHARITY FUN RUN 2019

BIAR SENDI LEMAH, DAN POSTUR BADAN BERUBAH, AKU TETAP JOIN KIDNEY CHARITY FUN RUN 2019 - Dah lama tak warm-up. Haritu Kak Mija ajak aku lagi sekali pergi Kidney Charity Fun Run anjuran MAA Medicare Charitable Foundation. Bila dah melibatkan Kidney, aku tak fikir panjang, aku minta Kak Mija daftarkan nama aku sekali.


Aku bergerak awal pagi ke Ampang untuk ambil baju di rumah Kak Mija. Terus ke Taman Pudu Ulu. Ramai sungguh manusia di situ. Apa yang paling aku kagum, bila aku tengok ahsoo-ahsoo di sana sangat bersemangat. Ada juga kumpulan sedang ber-taichi. Sementara menunggu Kak Mija dengan Kak Feeza sampai, aku warm-up kejap keliling taman.


Tengah warm-up pun, sendi dah mula sengal-sengal. Ya, sendi aku agak lemah kebelakangan ni. Mungkin juga result ipth tinggi. Banyak kemungkinan memandangkan aku banyak penyakit. So banyak je simptom aku rasa.

But well, walaupun aku memang penat, aku gagahkan juga. Entah, aku memang seronok dengan aktiviti Fun Run ni. Sebab aku happy.


Dalam Fun Run kali ini, aku ditemani Kak Mija dan Kak Feeza. Dua-dua staff HDU yang agak baik dengan aku. Kak Mija antara staff yang paling rapat dengan aku. So aku memang tak segan silu nak bercerita apapun dengan dia. Kak Feeza masih baru dengan aku, tapi kami ada chemistry. Sebab Kak Feeza jenis lembut-lembut manja gitu.

Cantik kan medal dia? Sweet je...

Sebenarnya tak sampai 3km pun kalau ikut tracking. Selepas dapat medal, kami sambung lagi berjalan dan berlari, sebab nak cukupkan 3km. Haha ! Tak aci lah dapat medal kalau tak cukup kan? Gigih weh pusing walaupun dapat medal.


Bila aku post gambar aku, ada komen yang tak sedap menegur postur badan aku yang nampak 'patah'. Entahlah. Aku boleh saja ambil komen itu positif, tapi aku tak suka cara pertanyaan yang seolah-olah aku tak tahu keadaan badan aku.

Aku pernah down sebab lepas aku jatuh, aku perasan aku jalan senget. Kaki aku jadi macam huruf 'V' terbalik. Aku jalan kengkang. Badan aku memang totally tak normal macam sebelum tu. Tapi berkali aku cuba untuk terima keadaan diri sendiri.




Alhamdulillah, aku dapat terima keadaan diri aku sendiri. Dan aku akan terus menerima apa saja keadaan aku, insyaAllah. Apa yang penting, aku akan terus buat perkara-perkara yang boleh buat aku happy.

Next, insyaAllah aku akan join Fikir Transplant Run di Shah Alam pula. Harap masih diberi kekuatan macam ni hingga akhir hayat aku.

Dalam Fun Run ni, aku belajar untuk tidak putus asa walaupun aku penat. Aku tidak terlalu push, aku hanya buat secara slowly. Lagi satu, melibatkan diri dengan aktiviti ini akan meningkatkan metabolisme badan :)

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments