IKAN BAYAN ATAU PARROT FISH SPESIS TERANCAM? - Korang pernah dengar pasal ikan bayan? Aku baru tahu harini lepas tengok post ada seorang akak ni masak, lalu ramai yang mengecam tindakannya. Kenapa ya?

Dikurniakan dengan rupa yang cantik dengan warna biru dan hijau keungguan, ikan bayan atau nama saintifiknya Parrot Fish, sejenis ikan yang tugasnya memakan rumpai laut dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup.
Rumpai laut adalah salah satu penyebab utama matinya batu karang di laut. Dan jika rumpai ini tidak dimakan oleh Parrot Fish, maka batu karang akan mati. Kematian batu karang akan merosakkan ekosistem karang lalu boleh menjejaskan ekosistem laut itu sendiri. Laut yang mati lambat laun akan mengakibatkan daratan turut mati. Akibatnya, kita juga turut terjejas. Ikan ini juga akan menghabiskan 99% waktunya dengan dengan memakan rumpai laut di permukaan batu karang.
PARROT FISH SPESIS TERANCAM
Malangnya, Parrot Fish di dasar lautan semakin pupus. Oleh kerana itu, ianya kini dikategorikan sebagai haiwan laut spesis terancam. Malah, tahap alga pula semakin tinggi. Ini menyebabkan terumbu karang semakin tidak sihat berbanding dulu.
JANGAN BELI PARROT FISH ATAU IKAN BAYAN !!
Untuk para nelayan dan pemancing, MOHON JANGANLAH PANCING IKAN SPESIS PARROT FISH ini. Buat pembeli, MOHON JANGAN MEMBELI IKAN SPESIS PARROT FISH . Jika kurang permintaan, insyaAllah tiada lagi ikan ini di pasaran. Bersama-samalah kita menjaga alam ini. Itukan tanggungjawab kita bersama?
The writer,
Auni Muthal'lib
15 Comments
Cantik nya ikan ni tp x pernah nmpak lak di jual. Memang x makan la...
ReplyDeleteIkan ni memang selalu dijual di pasar tani dan pasar-pasar kecil.
DeleteAda terbaca pasal ikan ni. Cantik warna nya. Kalau nak makan pon tak sanggup kot. Harap yang pernah makan tu berhenti lah.
ReplyDeleteAduhhh kalau lah sis tengok ikan ni, memang tak sanggup nak makan sb cantik sangat, boleh dijadikan ikan belaan, sampai hati org yg sanggup makan tu..:(
ReplyDeleteCantik sangat ikan ni. Blueish gitu. Nak makab pun rasa sayang. Hopefully spesis ni diperlihara
ReplyDeleteCantik nya ikan ni. Blueish gitu. Hopefully spesis ni diperlihara dan tak terancam
ReplyDeletePernah bc isu ni. Kes ikaN terancam . Spesis ni agak rare dan dgt cantik
ReplyDeletehaa terbaca banyak gak sharing cam ni di FB, memang kena banyakkan info macam ni. tq sis
ReplyDeleteTak pernah dengar pasal ikan bayan ni. Tapi kalau betul ia spesies terancam, bagus sangat ada artikel macam ni untuk kesedaran org ramai. Tahniah writer!
ReplyDeleteHairtu tengok orang post dkt group MAHN diorang masak ikan ni hehehe.Ikan ni cantik tapi semakin pupus spesies dia.
ReplyDeleteIkan ni cantik sangat. Nak siang buat makan pun tak sampai hati sebab cantik. Baik bela kan. Tapi ikan bayan ni memang susah nak dapat dah. Sedih bila semakin pupus.
ReplyDeleteIkan cantik macam ni nak buat makan memang tak sampai hati. baik letak balik dalam laut. sebab nak bela dalam akuarium confirm mati. hahaha. i tak reti jaga ikan.
ReplyDeleteThis is one beautiful fish! Pray that they will stay longer & be protected. God bless~
ReplyDeletepertama kali nampak ikan ni..lawanya..ada ke orang yang amkan..ayoyo..harap ikan ni dipleihara..cantik snagat
ReplyDeleteoh ikan ni banyak sangat kat Sabah. lawa je mek tengok sebab warna dia tu. perairan kat pantai timur tak ada ikan jenis ni. mohon jugalah untuk tidak makan ikan ni sebab kalau boleh biarlah ianya terpelihara.
ReplyDelete