RAWATAN RAI (RADIOACTIVE IODINE) KALI KEDUA

RAWATAN RAI (RADIOACTIVE IODINE) KALI KEDUA - Alhamdulillah, Rabu haritu Allah permudahkan segala urusan aku untuk menjalani Radioactive Iodine (RAI) buat kali kedua. Dugaan kali ni tak besar mana berbanding 6 bulan lepas.



6 NOVEMBER 2019

Pagi-pagi aku dah pergi dialisis. Aku setting 3 jam saja sebab aku rushing nak ke HKL. Sebelum pergi ke HKL, aku beli makanan, dan makan siap-siap. Punyalah risau tekanan darah rendah. Sebab hari sebelumnya aku muntah sampai lembik badan. Tekanan darah memang drop teruk. Dan macam hilang nyawa aku.

Tapi, kunfayakun. Kalau Allah SWT nak tolong, DIA tolong. Lepas aku makan, aku terus ke Jabatan Nuklear HKL. Staff suruh aku berehat. Aku sampai dalam pukul 12:30 tengahari. Tapi aku kena tunggu sampai pukul 2:00 petang. Hmm aku okay je. Boleh aku cool down kejap.


Pukul 2:30 petang, baru pegawai panggil aku untuk telan Iodine. Kalau kali pertama, aku ambil Iodine jenis kapsul, kali ini aku merasa lah untuk minum pula. Dos aku sangatlah rendah. Hanya 5 mci (milicuries) je.

Macam biasa, staff akan tanya nama penuh, nombor IC dan tarikh awal dan akhir period. Aku macam lost kejap. Jarang aku nak buat calculate hari aku period sebab bukan aku boleh pregnant pun.

Lepas tu, aku diminta duduk, dan ambil straw berdekatan bekas seperti gambar di atas. Kemudian letakkan straw dalam bekas tu, terus minum. Pegawai tu gelak bila aku berdiri masa nak minum. Siapa suruh pendek sangat? Haha !



Dia sembur-sembur sedikit air dan minta aku sedut lagi sekali. Lepas tu kena halau balik. Okay... part halau tu tipu. Dia suruh jela aku balik melalui tangga yang disediakan.

Dah balik tu, mulalah buat drama sedih dengan suami. Macam biasa, bukan pisah bilik je kami ni, pisah rumah terus. Jangan tanya kenapa. Yang pasti, untuk kebaikan tubuh badan dia juga.

Hari ke-3 dah aku kuarantin ni. Makan ala kadar je. Takde mood nak makan sebab semua kena pakai sarung tangan. Baik aku tidur. Lagi best.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

1 Comments