KANSER TIROID : RISIKO DAN JENIS-JENIS YANG PERLU KITA TAHU (PART 1)

KANSER TIROID : RISIKO DAN JENIS-JENIS YANG PERLU KITA TAHU (PART 1) - Bila kita di-diagnose sebagai mengidap kanser, mungkin perasaan berubah menjadi sangat takut. Sebab biasanya pengidap kanser akan dimomokkan dengan kematian.

Kanser Tiroid. Ramai saja memandang ringan dengan penyakit Kanser Tiroid. Ada yang anggap Kanser Tiroid adalah kanser yang biasa-biasa saja. Namun, kanser tetap kanser ya. Sungguhpun Kanser Tiroid adalah antara kanser yang peratusannya tinggi untuk sembuh, namun janganlah percaya. Sebab ianya tak mustahil akan datang balik.


Jadi, sebagai hamba Allah yang tak lari dari ujian berpenyakit ini, kita boleh ambil langkah untuk lebih alert dengan tubuh badan kita.

Jom kita study sikit tentang salah satu organ yang walaupun kecil je, tapi memainkan peranan dan fungsinya sangat penting pada tubuh badan kita.

KENALI TIROID

Kalenjer tiroid adalah sejenis kalenjar yang terdapat di bahagian hadapan leher dan berbentuk seperti rama-rama. Kalenjar ini juga mempunyai DUA BAHAGIAN yang dikenali sebagai Lobus, yang mana ia dipisahkan oleh istimus, iaitu sejenis tisu yang berstruktur nipis.

Selain itu, terdapat EMPAT ataupun LEBIH (biasanya empat), kalenjar kecil Paratiroid, yang terletak di belakang kalenjar tiroid. Kalenjar paratiroid yang kecil ini berfungsi menghasilkan hormon paratiroid, yang mana ianya membantu mengekalkan aras kalsium yang sesuai untuk kesihatan kita.

Jadi, sepertimana yang kita tahu, fungsi utama Kalenjar Tiroid adalah untuk menghasilkan hormon Ianya mempunya DUA JENIS SEL yang penting untuk menghasilkan hormon iaitu :

SEL FOLIKEL

Menghasilkan hormon tiroid yang mempengaruhi kadar denyutan jantung, suhu badan dan metabolisme (aras tenaga)

SEL C

Menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang membantu mengawal aras kalsium dalam darah

.
.

Basically, masalah yang berkaitan tiroid ini biasanya melibatkan DUA JENIS penyakit iaitu berkaitan dengan Fungsi Tiroid (kanser) atau Modus Tiroid (bukan kanser).


Kredit Info dari Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.


Post a Comment

0 Comments