
KENAPA PERLU UCAPKAN SESUATU YANG KITA SENDIRI TAK SUKA MENDENGARNYA? - Assalamualaikum wbt. Lumrah manusia, suka berkata-kata. Adakala perkara tu tak penting langsung untuk diperkatakan.
Aku tidak berkata tentang orang lain. Ianya adakala tentang diri aku. Yang suka bercakap-cakap sehingga tidak sedar langsung, bahawa jika kata-kata itu dipantulkan kepada aku, tentu saja aku tidak suka, malah mungkin terasa hati.
Kenapa kita tidak cakap saja perkara yang baik-baik? Sedangkan berfikir baik sajapun dah tentu kebaikan juga yang datang pada kita. Inikan pula bercakap yang baik-baik saja. InsyaAllah yang datang pada kita, hikmah yang tidak terduga.

Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tidak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu.
[ Sayyidina Ali Bin Abi Thalib ]

0 Comments