KEPUTUSAN WHOLE BODY SCAN (WBS) SELEPAS RAWATAN RADIOACTIVE IODINE

KEPUTUSAN WHOLE BODY SCAN (WBS) SELEPAS RAWATAN RADIOACTIVE IODINE - Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, Jumaat haritu aku dah buat Whole Body Scan (WBS). WBS ni korang akan jalani selepas ambil rawatan Radioactive Iodine (RAI). Nak tengok kesan lepas ambil iodine tu terhadap tiroid & sel kanser (betulkan kalau aku salah) .


8 NOVEMBER 2019

Pagi tu, lepas subuh, Abah yang hantar aku ke Hospital Kuala Lumpur. Kalau 6 bulan lepas, aku minta tolong Is. Tapi kesian pula Is kena ulang alik dari Ampang ke Rawang, hantar ke HKL, patah balik Rawang, dan balik ke Ampang. (Ya, aku pisah rumah dengan suami selama 8 hari ni).

Hari Jumaat tu hujan di pagi hari. Anggapan aku hujan rahmat yang turun di hari Jumaat yang barakah. Aku doa semoga dipermudahkan urusan WBS aku hari tu. Moga Allah SWT perkenankan.

Sampai di HKL, aku terus naik tangga ke Jabatan Nuklear. Bagi kad appointment, senyum-senyum sikit dekat staff, lepas tu staff suruh aku tunggu.


Selepas itu aku dipanggil untuk ambil darah terlebih dahulu. Selepas ambil darah, aku diberi nombor dan terus diminta ke Unit Scan. Haritu aku tak payah tunggu lama. Berbeza dari 6 bulan lepas.

Lebih kurang 10 ke 15 minit, nombor aku naik. Untuk WBS ni, tak perlu salin baju pun. Korang hanya disuruh baring, lepas tu staff akan mulakan scan.

WBS akan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit juga. So chill je la. Aku masa scan ni, boleh pula terlena. Sedar-sedar staff tengah tempek aku plaster apa entah kat dagu dengan dada aku.



KEPUTUSAN WHOLE BODY SCAN (WBS)

Selepas selesai scan, aku diminta kembali ke Jabatan Nuklear. Tunggulah result tu sampai. Sambil tu borak-borak dengan staff, layan Facebook dan Whatsapp. Lama juga aku tunggu doktor panggil aku. Dupdapdupdap jantung tu jangan kata lah. macam-macam aku rasa.

Tak lama lepas tu, doktor panggil aku. Haa doktor waktu ni memang duduk jauh lah dari patient. Sebab radiasi masih ada kan?

So, doktor bagitahu aku, result scan menunjukkan kanser dan tak ada (alhamdulillah). Tapi nak happy sangat tak boleh, sebab result darah Thyroglobulin (tg) yang terbaru masih tak keluar lagi. Next appointment baru doktor review result darah aku.

Result Thyroglobulin aku yang sebelum ni doktor kata kanser masih ada. Jadi, aku memang takkan senang hati sangat. Risau kecewa. Kalau betul dah tiada, alhamdulillah dengan rahmat Allah SWT. Kalau masih ada, mesti ada hikmah lain Allah SWT nak bagi, kan?

Moga kita sama-sama kuat wahai Thyroid Fighter !

The writer,
Auni Muthal'lib
End Stage Renal Failure
Papilarry CA
PTSD


Post a Comment

3 Comments

  1. Be strong...always positive..insyaallah keputusan nyer yang manis2 je ye...

    ReplyDelete
  2. Biasa kalau result negatif, dalam darah pun berkemungkinan besar dah tak ada juga tu. Apa-apa pun kita tunggu result darah untuk confirmation. Harap-harap negatif juga.

    ReplyDelete