MAKAN DI PHOSTREET MYTOWN SHOPPING CENTRE

MAKAN DI PHOSTREET MYTOWN SHOPPING CENTRE - Makanan Vietname mungkin tak berapa famous lagi di kalangan orang kita. Macam aku, aku jenis suka mencuba semua makanan yang boleh dimakan. Aku suka try and error.


Dah lama dah aku pergi makan dekat Phostreet Malaysia ni, cuma baru teringat nak upload. Sambil teringat ni mulalah teringin nak makan lagi. Aku paling suka makan Vietnamese Roll. Selalu aku buat sendiri je. Sebab bahan dalam tu, sukahati je aku nak letak apa.



Awalnya aku was-was je nak makan dekat Phostreet ni sebab ada outlet dia yang ada pork noodles. Rupanya sesetengah outlet saja. Outlet yang aku pergi ni ada dekat Mytown Shopping Centre. Dan Phostreet Mytown, diyakini HALAL ! Jadi bila yakin kita pergilah.

 u

Aku order menu berasaskan Mee manakala Is order menu berasaskan nasi. Hajat hati nak makan Vietnamese Roll tapi sebab pricey sikit so tak jadi. Haha ! Air pula kami order Ice Lemon Tea, kongsi berdua. So far Mee dari Vietnamese lain sikit berbanding Mee kita biasa makan.

Tekstur dia umpama Bihun, cuma lebih tebal. Memang sedap. Sup yang disediakan pun kaya dengan rasa daging.

Nak makan lagi dekat sini? Of course, kalau ada rezeki lebih. Bagi aku agak pricey, tapi kalau makanan sedap, why not kan?

PHOSTREET MYTOWN SHOPPING CENTRE

L3-043, MYTOWN SHOPPING CENTRE,
JALAN COCHRANE CHERAS,
SEKSYEN 90, 55100 KUALA LUMPUR

03-2733 7950



Post a Comment

0 Comments