MENGENALI DAN MENJAGA ARTERIO VENOUS GRAFT (AV Graft)


MENGENALI DAN MENJAGA ARTERIO VENOUS GRAFT (AV Graft)  - Dalam usaha untuk menjalani rawatan Hemodialisis, biasanya jururawat perlu mempunyai akses ke dalam aliran darah kita. Untuk membentuk akses ini, satu prosedur khusus pembedahan atau lain-lain akan diperlukan.

Tiga jenis 'akses' tersebut adalah :

- Internal arterio-venous fistula (AV fistula)
- Internal arterio-venous graft (AV graft)
- Central venous catheter (Seperti IJC, Permanent Catheter atau Femoral)


AV GRAFT

Biasanya, apabila kaedah akses AV Fistula tidak boleh dibuat atau tidak berfungsi, pada doktor akan mencadangkan AV Graft sebagai pengganti.

Menggunakan tiub sintetik untuk menyambungkan arteri kepada vena. Biasanya diperbuat PTFE (Polytetrafluoroethylene) atau Polyester (Dacron), digunakan terutamanya sebagai akses pada pesakit yang mempunyai salur darah bermasalah.

PEMBEDAHAN MEMBUAT AV GRAFT

Boleh dilakukan pada lengan bawah (Forearm loop graft), lengan atas ( Upper arm graft), leher (Necklace graft) dan Arteri Axillary kepada Vena Femoral.

TEMPOH KEMATANGAN

Selalunya boleh digunakan dalam tempoh 2-4 minggu selepas pembedahan. Kemungkina juga dapat digunakan lebih awal sekiranya tiada kebengkakan.

MENENTUKAN ARAH ALIRAN AV GRAFT

Tekan graf di bahagian tengahnya dengan 2 jari. Rasa atau tekan dengan lembut, kemudian lepaskan 1 jari. Jika darah mengalir kembali bahagian proksimal berdekatan dengan jari adalah hujung arteri.

PERINGATAN PENTING

Sebelum pembedaha, tidak dibenarkan sesiapa saja untuk mengambil darah atau meletakkan sebarang intravena lengan berdekatan tapak graft.



Selepas pembedahan, tidak dibenarkan sesiapa saja untuk mengambil darah, membuat intravena atau memeriksa tekanan darah dekat lengan yang mempunyai graft. 

Harap dapat memberi sedikit manfaat pada semua. Nanti aku kongsi banyak lagi tentang perkara berkait dengan Kidney Failure . Moga korang sentiasa aware :) InsyaAllah...



Post a Comment

0 Comments