PENTINGNYA CALCIUM CARBONATE PADA PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK

PENTINGNYA CALCIUM CARBONATE PADA PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK - Sebagai pesakit Kegagalan Buah Pinggang Kronik, atau sakit kronik yang lain, kita tak lari dari 'gula-gula' bernama UBAT.

Aku dulunya sejenis manusia yang memang suka ponteng makan ubat. Yela, kita bukan tahu pun effect tak makan ubat ni. Bagi aku, result darah yang teruk tu datang dari makanan, bukan sebab aku tak makan ubat.


HAAA ! SALAH YE KAWAN-KAWAN.
JANGAN PANDANG REMEH HAL MAKAN UBAT !

Bagi pesakit buah pinggang kronik tahap 3, 4, atau 5 dan yang sedang menjalani dialisis, mesti korang dah biasa kena bebel dengan doktor bila tak makan ubat Calcium Carbonate dan juga Calcitriol (dikenali sebagai telur cicak), kalau korang makan ubat-ubat ni secara tidak betul, kan?



KENAPA PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK
 KENA MAKAN CALCIUM CARBONATE?

Biasanya apa yang kita makanan mempunyai kandungan tinggi garam FOSFAT/PhosphateSenang kata, Calcium Carbonate ni bertindak sebagai Phosphate Binder . 

So untuk mengurangkan Fosfat tu, kita perlu kunyah dan telan ubat Calcium Carbonate setiap kali makanan masuk mulut. Lagi berat & banyak kita makan...lagi banyak pil Calcium Carbonate kena kunyah.


Mungkin ubat Calcium Carbonate nampak tidak nampak macam mahal dan rupa macam Panadol je, tapi kesan dan jasa Calcium Carbonate amat penting.



Ianya mengawal garam Fosfat di dalam darah kita jika ada penyakit buah pinggang kronik. Jika Fosfat tidak dikawal, ianya akan meransang kelenjar Parathyroid  untuk membesar dan menyebabkan :

Tulang mudah reput dan patah (seperti dimakan anai-anai)
 Tubuh badan menjadi pendek dan bongkok
 Tulang rahang mulut semakin lebar dan besar
 Berlaku seperti ulser kulit pada kaki (calciphylaxis)
 Dinding salur darah seluruh badan menjadi keras & mudah dapat serangan sakit jantung dan strok


Ubat Calcitriol pula adalah untuk mengawal kelenjar Parathyroid yang aktif (Hyperparathroidism). Apabila kelenjar Parathyroid terlalu aktif dan tidak dapat dikawal dengan ubat, pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar tersebut. Namun, tak semua pesakit perlu makan Ubat Calcitriol.

Kredit : Dr. Lily Mushahar

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments