PERGINYA GRANDPA KITCHEN MENINGGALKAN DUNIA

PERGINYA GRANDPA KITCHEN MENINGGALKAN DUNIA.... Bila sebut Grandpa Kitchen, mesti terbayang telatah mendiang yang suka lipat kain tinggi, gentel-gentel misai dengan tagline Loving, Caring, Sharing, This Is my family, sebelum mula masak.

Masa aku dengan Is tinggal di Ampang dulu, hidup kami agak membosankan, sebab tak ada TV. Grandpa Kitchen adalah peneman kami. Terngiang-ngiang saat mendiang menyebut mix well . Perkataan itu seperti trademark. Hampir seluruh peminat Grandpa Kitchen akan ingat pada Grandpa kalau sebut perkaan mix well .

Sedihnya bila baca berita, Grandpa sudah meninggal dunia. Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 27 Oktober 2019, namun hanya diberitahu beberapa hari selepas pemergiannya.



Grandpa, atau nama sebenarnya Narayana Reddy, 73, mula dikenali di Youtube pada August 2017, dan mula mempunyai peminat tersendiri, termasuk aku dengan Is. Peminatnya bukan saja di kalangan rakyat Asia, malah luar negara ! Betapa hebat penangan Grandpa.



KENAPA GRANDPA KITCHEN RAMAI PEMINAT?


Berperikemanusian. Itu antara salah satu faktor kena Grandpa Kitchen dikenali. Mendiang suka masak dalam portion yang agak besar, dan memberi makan di kalangan anak-anak yatim. Sayu bila tengok muka anak-anak yatim yang sangat enjoy menikmati masakan dari Grandpa. Sesungguhnya mendiang sangat berhati murni.

Kehilangan Grandpa umpama hilang satu bintang yang baik hati. Dia pasti dirindui.
Rest in Peace, Narayana Reddy @ Grandpa.


Post a Comment

0 Comments