SESEKALI MASAK SEDAP SIKIT UNTUK MAKAN TENGAHARI

SESEKALI MASAK SEDAP SIKIT UNTUK MAKAN TENGAHARI - Aku ni kalau mood rajin, maka rajinlah kan aku nak masak. Semalam minta tolong Mama belikan ikan pari. Banyak bahagian juga Mama beli, sebab ikan tu pun kecik-kecik je. So aku masak je la seketul-seketul panjang tu haa. Dah lama mengidam nak makan asam pedas ikan pari.

Asam pedas aku tak ada daun kesum dengan bunga kantan. Biasanya aku tak letak pun, malas nak sepahkan asam pedas tu. Haha ! Yang aku letak hanya sayur macam bendi, terung atau tomato. So harini aku buat asam pedas halba.


Barang yang perlu kisar hanya bawang merah selabu besar, bawang putih seulas, kunyit besar ibu jari, belacan sikit, cili kering yang direbus segenggam, dengan sesudu kecil lada hitam. Untuk sebelum tumis rempah kisar, tumis dulu dalam dua batang serai yang diketuk serta satu sudu kecil halba. Biar naik bau baru masukkan rempah kisar.

Aku masak dengan api yang sederhana. Kira tak besar sangat api tu. karang hangus pula. Dah garing rempah kisar tu, masukkan air, biar sedikit mendidih dan masukkan asam jawa (aku guna asam jawa Xtra Adabi je) , gula dan garam secukup rasa. Dah mendidih betul baru masukkan ikan dan tomato. Haah harini aku ada tomato je.


Regu pula dengan sambal belacan tomato. Yang ni pun aku blend je semua. Macam biasa, tuan suami cakap sedap-sedap-sedap. Hilang penat aku masak tau. Bahan yang aku kisar - tomato sebiji, cili merah dua batang, cili pagi 9 biji, sesudu kecil belacan, 2 sudu besar sos cili, 1 sudu besar pes asam jawa bancuh sikit dengan air, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali bolehlah perah limau kasturi.



Asalnya nak buat sayur goreng, tiba-tiba jadi malas. So masak je la apa yang ada kan? Mujur tuan suami bukan jenis banyak songeh, nak ada lauk complete sayur bagai. Dia makan je apa-apa, janji kenyang katanya. Alhamdulillah... !

Yang penting, jilat jari uiiii ~~
.
.
.
.

Post a Comment

4 Comments

  1. Asam pedas memang sedap, tapi saya kalah dik.. Saya tak tahan pedas. Sesekali tu boleh la layan..

    ReplyDelete
  2. Teringin nak makan asam pedas ikan siakap la...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. huish.. boleh tahan jahat gambar ni tauuuuuuuu.. akak bukak entri ni pada jam 1.38 pagi kottttttttt.. terliur !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. masak dgn penuh kasih syg.
    simple kah?
    kurang isi kah?
    asben mesti makan.
    tu hah, menjilat jari. alhamdulillah...

    ReplyDelete