SINOPSIS DIA YANG KU CINTA (TV3)


Jangan lupa menyaksikan drama menarik lakonan Sharnaaz Ahmad dan Syerinie Myra dalam drama berjudul Dia Yang Ku Cinta, di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam.

JUDUL : DIA YANG KU CINTA
HARI/MASA : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Fatin Nabila & Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PENERBIT : A.Aida Production
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Khalida Balqis, Effa Narisha, Dai Izzhar Nazri, Izzy Reef, Fateha, Qistina Raisah, Nadzrul, Izzya Reen

SINOPSIS DIA YANG KU CINTA


Chempaka Amna dan adiknya Iman Idham adalah anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna kerana ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Kedua-dua anak yatim ini sangat dibenci oleh Puan Mahanna kerana dia telah menyimpan dendam kerana rasa tertipu apabila dirinya dimadukan.


Puan Marhanna mempunyai dua orang anak, iaitu Hafiz Andrew dan Lara Andrew. Lara mempunyai sikap yang sama seperti ibunya namun Hafiz begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini.


Perkara itu telah membuatkan Puan Marhanna dan Lara bertambah sakit hati sebab merasakan Amna dan Iman mempunyai pembela lain, selain dari Tuan Khalid.


Hafiz dan Lara juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki Inggeris. Hafiz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia selepas Puan Marhanna dan suaminya bercerai.


Chempaka Amna sering didera oleh Puan Marhanna. Akibat tidak tahan lagi didera, dia mengambil keputusan melarikan diri, walaupun berat hati meninggalkan adiknya, Iman, yang merupakan seorang OKU. Dia juga berazam akan mengambil adiknya semula, satu hari nanti.


Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera, hampir memberi sinar baru pada Amna untuk dia terus lari daripada sengsara. Namun cinta Hafiz Andrew memaksa Amna kembali berhadapan dengan Puan Marhanna dan Lara.
.
.
.

Post a Comment

0 Comments