SINOPSIS SURI KATRIANA (ASTRO PRIMA)

SINOPSIS SURI KATRIANA (ASTRO PRIMA)


JUDUL : SURI KATRIANA
EPISOD : 49 episod
HARI/MASA : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SLOT : Tiara Astro Prima
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PENERBIT : MiG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani

SINOPSIS SURI KATRIANA


Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri. Dia begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Suri digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal.

Selepas kehilangan bapanya, Suri kehilangan ibunya pula. Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Faizal.

Kehilangan kedua orang tua menjadikan keadaan Suri semakin terdesak sehingga dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq, iaitu bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu dalam menampung kehidupan mereka.

Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya berubah. Dia kembali sebagai Katriana, yang ingin menuntut bela di atas segala yang berlaku pada dia dan ibunya.

Rahsia kematian ibunya dan rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan. 

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?


Post a Comment

0 Comments