TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROSURGERI HOSPITAL KUALA LUMPUR (2)

TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROSURGERI HOSPITAL KUALA LUMPUR (2) - Sepatutnya appointment lagi 8 bulan, tapi sebab ada perkara yang buat Is nak jumpa Pakar Neuro, maka kami minta appointment lain.

Sampai awal, Is dapat nombor giliran yang pertama. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan sangat urusan kami pagi tu. Aku tak jemu berdoa supaya kami dapat juga berjumpa dengan Mr.Thinesh, sebab aku tahu, dia antara doktor yang boleh advice Is.


Selepas nombor giliran Is naik, kami masuk ke bilik 3. Bilik 3 adalah tempat untuk staff nurse ambil tekanan darah setiap pesakit. Tekanan darah Is normal cuma bacaan bawah tinggi sikit.

Selesai ambil tekanan darah, kami diminta tunggu nombor giliran dipanggil sekali lagi untuk berjumpa doktor. Sambil-sambil tu, kami selfie jela berdua. Tak lama lepas tu, nombor Is naik sekali lagi. Tengok saja nombor bilik, terus rasa happy sangat. BILIK 6 !



Biasanya, bilik 6 adalah bilik Mr. Thinesh. Alhamdulillah, kami dapat juga bertemu dengan Mr. Thinesh. Kami bercerita perihal tentang niat kami yang ingin tukar Is fisioterapi di Rehabiliti Cheras.

Mr. Thinesh kata, perlu ikut procedure. Jadi Mr. Thinesh bagi cadangan supaya Is pergi refer Rehabiliti di HKL dulu, tengok macam mana doktor dekat HKL cakap.

Is juga diminta buat CT Scan lagi sekali. Mungkin in future (aku rasa), Is kena buat MRI juga. Kami sedaya upaya nak baik-pulihkan Is.

Disebabkan Is kencing agak kerap, doktor bagi surat refer ke Klinik Urologi pula. Aku tak kisah, semuanya demi kebaikan suami aku. Selagi aku hidup ni kan, dengan cara macam ni la aku nak kumpul amal, insyaAllah.

So, aku ikut je segala flow ujian yang Allah SWT bagi. Sebagai isteri, aku kena kuat untuk suami. Semoga Allah SWT izinkan suami aku sembuh, insyaAllah !

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments