TEMAN SUAMI KE KLINIK UROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR

TEMAN SUAMI KE KLINIK UROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Harini aku teman Is pergi Klinik Urologi. Masa dekat Neurosurgeri, Is ada mengadu dekat doktor pasal masalah dia. Macam-macamlah masalah termasuk kencing kerap. So doktor hantar pula ke Unit Urologi.

Pagi-pagi lepas hantar Yah dengan Aboy pergi kerja, terus je shoot ke HKL. Kami sampai dalam pukul 7:00 pagi. Masa tu kereta pun tak banyak lagi. Sampai je, terus letak surat refer dalam bakul. 

Aku memang dalam keadaan mengantuk, hanya Tuhan je lah yang tahu. Tengah tolak Is punya wheelchair pun aku mamai je. Tak tahu kenapa penat sangat. Nak kata tidur lambat, aku rasa macam awal je aku tidur. Entahlah. Mungkin sebab semalam aku dialisis petang dan balik lambat.


So, lepas letak surat refer tu, tunggu je la. Lepas sejam pertama, aku dah sedikit tension. Mood memang tengah asyik nak tidur kan? Rasa macam lambat sungguh masa. Lepas seorang demi seorang nama dipanggil, nama Is tetap tidak kedengaran. Aku dah tersengguk-sengguk tahan diri dari tidur. Sampailah tiba-tiba aku terlena. Is kejut aku.

Staff nurse minta detail Is. Bayar RM1 untuk registration. Lepas ni tak payah bayar dah kot, Untuk first time je kena bayar. Then staff bagi nombor. Okay, tunggu lagi.

Borak-borak dengan Is, dan sampai satu tahap aku rasa aku macam weak. Duduk bersandar dengan niat nak rest badan kejap. Sedar-sedar tertidur lagi. Lepas tu Is jerkah aku.. "Yang !! Doktor dah panggil !!" Ya Allah kemain terkejut aku.. Lastly Is say sorry. Dia excited sangat sebab 3 jam tunggu baru dapat jumpa doktor. Kalau dekat Neurosurgeri, kejap je dah settle. Klinik Urologi ni..... crowded sungguh !


So, Is cerita masalah dia serba sedikit. Hajat hati nak kisahkan tentang satu perkara, tapi doktor lebih fokus dengan masalah Is kencing kerap. Doktor risau Is ada masalah Prostat. Bila aku fokus doktor cakap, terus aku risau. Yela, aku dah sakit kronik, jangalah Allah Taala uji suami aku pula dengan masalah penyakit kronik. InsyaAllah.

Doktor bagi appointment untuk Ultrasound pula. Selain itu, ambil darah untuk check buah pinggang, hati, dan beberapa jenis lagi aku tak ingat. Is dah termenung. Aku cakap pada Is, it's better kita tahu apa-apa sekarang, daripada biar. I am with you no matter what, okay? (Padahal cakap Melayu je 100% , kah !)



Sebenarnya aku penat. Dalam penat aku, aku selitkan rasa untuk ikhlaskan segala penat lelah dan korban aku pada Is. Is pun banyak bersusah-susah untuk kesenangan aku. Apalah salahnya kami berganding bahu?

Ya, aku penat guys. Kudrat aku tak kuat. Tapi aku sudah didik diri tak mahu mengeluh. Lagi sekali, aku cuba untuk ikhlaskan semua. Aku mahu segala apa yang aku buat ini, Allah Taala kira sebagai jihad. Aku banyak dosa. Dosa besar sangat. Aku nak rehat dekat syurga. Aku nak amal baik aku lebih berat berbanding kejahatan aku dulu. Dan sekali lagi, aku ikhlaskan segalanya, insyaAllah. Sesungguhnya apa yang aku lakukan kini, hanya kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala :)

Selagi aku mampu, aku akan seupayanya tidak putus asa untuk buat yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya :

Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

[ Surah Al-Baqarah, ayat 214 | 2 : 214 ]

.
.
.

Post a Comment

0 Comments