ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 30


Orang-orang suruhan kepada Nanda datang berjumpa Nandini untuk memberitahu rancangan mereka untuk membunuh Chandra. Nandini sangat terkejut dengan perancangan itu dan rasa tersepit antara Nanda dan Chandra.



Sementara itu, di kem peperiksaan bernama asylam , Nandini dan pelajar lain mula mengambil peperiksaan. Nandini dianggap sebagai pelajar yang bijak dan perkara itu membuatkan pelajar lain kurang berpuas hati. Maka mereka mencabar Nandini untuk bermain satu permainan, masuk ke dalam hutan dan ambil abu mayat.


Di dalam hutan itu, Nandini mula memberanikan diri sendiri untuk menyahut cabaran pelajar lelaki tu. Dan di dalam hutan itu juga, pelajar lelaki itu ternampak susuk tubuh Nandini, yang merupakan seorang perempuan. Lelaki itu agak terkejut dan mula niat mengambil kesempatan. Dia ajak Nandini minum di gerai susu. Dia cuba meletakkan sejenis ubat tidur dalam susu Nandini.


Ketika cuba mengambil kesempatan pada Nandini, lelaki itu terserempak dengan Chandra lalu meninggalkan Nandini yang dalam keadaan mabuk itu bersendirian. Chandra membawa pulang Nandini. Dalam perjalalanan, Nandini tidak sengaja memberitahu perancangan Nanda untuk membunuh Chandra.



Post a Comment

0 Comments