ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 31


Untuk peperiksaan seterusnya, Jayant Singh ataupun Nandini, sekali lagi berjaya menarik perhatian guru-gurunya. Nandini telah mendapat anugerah pelajar paling cemerlang, namun ada seseorang membuat agenda untuk membongkar penyamaran Nandini.



Acharya berasa sangat marah kerana tempat itu dimasuki wanita. Namun kerana dipujuk oleh Chandra dan anak-anak buahnya yang lain, Acharya setuju untuk memberi anugerah itu kepada Nandini.


Ketika mereka dalam perjalanan pulang ke istana, Chandra dan Nandini dikerumuni oleh sekumpulan penjahat. Chandra menyangkakan itu adalah orang-orang Nanda. Nandini pelik kerana dia telah melalui jalan lain, tidak mengikut seperti yang dirancang ayahandanya, Nanda.


Chandra dan Nandini sama-sama berlawan dengan penjahat-penjahat itu. Tidak lama kemudian, Chandra telah dipanah dengan panah racun. Hanya Nandini ada penawar bagi racun itu. Nandini mula risau keadaan Chandra. Dia membawa Chandra balik ke istana.


Helena telah menuduh Nandini bersubahat dalam kejadian itu. Namun tiada siapa tahu, kejadian itu adalah rancangan Malayketu untuk membunuh Chandra.




Post a Comment

0 Comments