ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 32


Nandini amat merisaukan keadaan Chandra. Dia menjaga Chandra sepenuh jiwa raganya. Chandra mulai sedar dan mula meminati buku-buku Nandini. Nandini yang menyedari hal itu tersenyum lalu berkongsi tentang kandungan dalam buku itu bersama Chandra.


Helena masih tidak berpuas hati melihat keakraban Nandini dan Chandra. Dia memasang niat untuk membuat Chandra membenci Nandini. Dia memindahkan bilik Nandini bersebelahan dengan bilik Malayketu.



Helena membuat agenda itu dan menipu Chandra, kononnya bilik itu diminta oleh Nandini kerana ingin mendekati Malayketu. Chandra berasa runsing, resah dan terlalu marah pada Nandini. Dia mula mempercayai segala kata-kata Helena.


Malayketu juga tidak terkecuali dalam agenda memporak-perandakan hubungan Nandini dan Chandra. Dia memberitahu Chandra bahawa Nandini menangis setiap malam kerana merindukan dia. Ehh geram weh watak Malayketu dengan Helena ni.


Sedihnya menjadi Nandini. Dia terpaksa telan semua fitnah yang dibuat oleh Helena dan Malayketu. Dia juga turut dilema dengan perasaan dia sendiri. Dia sudah mula menganggap Chandra sebagai suami, walhal dia sangat membenci Chandra yang telah membunuh kekanda-kekandanya.

Chandra terus-terusan melemparkan tuduhan pada Nandini. Apa lagi yang Nandini mampu buat melainkan menangis dan mendiamkan diri?


Post a Comment

0 Comments