ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 33


Ancharya sangat marah pada Chandra kerana telah melanggar prinsip. Dia tahu, Chandra sudah mula menyimpan rasa suka, sayang dan cinta pad Nandini. Chandra telah memaafkan kesalahan Avantika kerana menggunakan cop mohor diraja tanpa izin.


Kejadiaan penggunaan cop mohor tanpa izin itu dilihat oleh Avantika dan ibu Helena. Masing-masing menyangka perbuatan itu dari Nandini, sedangkan Nandini tidak tahu menahu tentang perkara itu. Avantika tetap bertegas dia nampak Nandini yang menggunakan cop mohor itu. Nandini juga berkeras bahawa dia tidak melakukannya.


Niat Helena untuk memporak-perandakan hubungan Nandini dan Chandraa berterusan. Dia menyuruh Nandini menjahit serban untuk Malayketu. Chandra melihat perkara itu dan semakin berasa cemburu.




Chandra sedar dia sudah mula menyayangi Nandini. Cemburunya semakin menebal. Untuk mengelakkan rasa itu, dia cuba menyakiti hati Nandini dengan berbuat baik dengan Helena. Segala-galanya yang baik diperkatakan tentang Helena.


Bukan saja Chandra, Nandini juga sudah merasa bibit-bibit perasaan cemburu. Ketika Malayketu masuk ke kamarnya, Nandini menjerit dan memberitahu dia hanya menyintai Chandra.



Post a Comment

0 Comments