ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 34


Durdhara memberitahu Chandra yang dia ternampak Nandini menampar Helena. Chandra mula hairan dengan cerita yang disampaikan Durdhara. Pelik kan? Nandini dah la seorang lembut walaupun tegas, amat mustahil jika dia menampar Helena.


Chandra yang masih sakit hati dengan Nandini, berniat ingin menyakitkan hati Nandini. Dia menggunakan Helena sebagai senjata. Kesian Helena yang menyangkakan Chandra betul-betul menyayangi dia. Nandini tidak dapat menahan kesedihan dengan kelakuan Chandra didepannya.


Dalam perjalanan pulang ke kamar, Maharani Moora telah ternampak kelibat Nandini sedang menghisap tembakau. Beberapa kejadian pelik melibatkan Nandini telah terjadi dalam istana itu. Kerana resah dengan apa yang dia nampak, Maharani Moora pergi bertanya sendiri dengan Nandini. Nandini terkejut dengan perkara itu, kerana ketika kejadian, dia sedang berada di kamar.

.
.
.


Post a Comment

0 Comments