SAMH CHARITY BALLOON RUN 2019 : STRUGGLE LEBIH 5KM !

SAMH CHARITY BALLOON RUN 2019 : STRUGGLE LEBIH 5KM ! - Aku dah lama nak update pasal ni, tapi disebabkan busy dengan kerja, so aku hold. Harini ada kelapangan sikit kan? So... meh aku cerita sikit kejadian masa event SAMH Charity Balloon Run 2019 pada 22 Disember 2019 haritu.

Sebelum tu, SAMH stand for  Scottish Association for Mental Health. That's mean, event ni memang event charity tau. Best sangat bila event melibatkan charity ni.


So, pagi tu, Is tolong hantar kami ke Taman Reakreasi Bukit Jalil. Pagi-pagi Is dah hantar. Sampai je depan entrance, aku nampak guard bagitahu peserta lain, yang kami ni salah tempat. Punyalah kami kejar kereta Is, sebab hampir ditinggalkan.

Lepas tu, ikut waze. Waze tetap bawa kami ke tempat sama. Lepas tu aku tengok ramai peserta yang berjalan dari entrance tu masuk ke dalam. Kami follow je la. Tak sangka weh, banyak ranjau berliku untuk sampai ke tempat event.

Saja nak tayang muka seposen disisi tangga. Tak cukup banyak ni. Ada 3 hingga 4 level tangga begini T_T

Sudahlah berjalan jauh kemain. Kena naik tangga, turun tangga. Aku jujur, part tangga ni aku lemah. Masa aku tengok Kak Marie naik tangga Batu Caves, bukan main berangan nak buat juga. Tangga dekat Taman Reakreasi ni pun aku hampir surrender.

Lepas dah puas naik, turun tangga, dan naik semula. Mujurlah adik-adik aku ada. So diorang la support aku. Suruh fighting. Wehhh !! Belum run lagi tau ! Aku dah menyemput dan berpeluh. Kira-kira untuk sampai ke tempat event, ada dalam 2km juga. Kau rasa?

Event belum start, aku dah warm up gila-gila dengan adik-adik aku. Sampai tempat event, sambung zumba pula uiiii ~

Lepas berzumba ~

Masa sampai ke tempat event, tangan kami masing-masing diikat dengan belon. Yela, dah nama Charity Balloon Run, kan? Meriah warna warni belon.

Colourful sangat kan?

Menyempat posing sebelum running ~

Aku saja berdiri paling depan sebab aku taknak jadi yang paling last lagi. Haha ! Punyalah semangat aku berlari masa permulaan. Tak sampai 1 minit, aku dah mula mengah. Slow down sikit. Untuk event ni, ramai para Orang Kelainan Upaya yang join. Especially yang berkerusi roda.

Bayangkan dengan kecerunan bukit bukau yang tinggi di Taman Reakreasi ni, macam mana diorang nak tolak kerusi roda sendiri kan? Alhamdulillah, ramai rakyat Malaysia yang baik hati dan tolong tolak para-para Orang Kelainan Upaya menolak kerusi roda mereka naik ke bukit yang cenuram tu.



Last fun run  Aliah sebelum dia sambung belajar dekat kolej. So bergambar jela puas-puas. Ralat juga lepas ni Aliah @ Yah tak boleh join. Aku suka ajak adik-adik aku aktif. Biar dari muda belajar bakar kalori dan amalkan hidup sihat. Dah dua kali Yah join event fun run ni, dan dia sampai finishing antara yang paling awal. Good job adikku ! Aboy? Dia ni suka jadi aku punya bodyguard.


Dah lalui banyak jalan-jalan berliku, tak sangka aku dapat habiskan. Event asalnya aku hanya ambil 3km, tapi rupanya total aku habiskan energi aku adalah lebih dari 5km ! Bangga sungguh aku dengan diri aku. Yang pasti, hari event tersebut, aku tak rasa penat. Sungguhpun dah naik turun tangga dan menempuh bukit curam.

Staff nurse Hemodialysis Unit Hospital Ampang pun ada ~


Adalah satu kepuasan bila dapat mencabar diri sendiri. Especially bila diri kau sentiasa berasa sakit. Tapi, dengan event inilah aku dapat mempositifkan diri aku. Cuba bergaul dengan orang lain. Dalam event macam ni baru tahu kemampuan aku tahap dimana.

Tak sangka kan? Niat nak masuk 3km, berakhir dengan 6km! Aku punya teruja tu, tak dapat nak habaqqq laa ! 


Dunia ini hanya persinggahan. Hargainya dengan sesuatu yang bermanfaat. Aku mungkin tak dapat apa yang orang lain dapat. Tapi aku masih tahu, Tuhan ada bahagian baik yang lain untuk diberikan pada aku. Waima aku acapkali leka, Tuhan tetap baik pada aku,

Sakit. Semakin aku sakit, semakin aku tak rasa sakit. Entahlah. Aku tak tahu nak describe. Mungkin aku dah malas fikir. Orang acapkali warning aku.. "Jaga tulang Auni... jangan aktif sangat..." .. Aku hanya malas fikir. Sebab kau tak tahu bila kau berada dalam circle ingin bunuh diri sepanjang masa :)

Special thanks to my lovely husband, Norzam Iskandar sebab sudi bawa aku kesana dan kesini untuk hadiri event funrun ini .Love you to the moon and back.

The writer,
Auni Muthal'lib
End Stage Renal Failure
Papilarry Thyroid Carcinoma

#AuniTheIronLady

Post a Comment

0 Comments