TIME VS RUN 2019 : REZEKI JADI PESERTA TERAKHIR, DAPAT FREE VOUCHER NEXT EVENT

TIME VS RUN 2019 : REZEKI JADI PESERTA TERAKHIR, DAPAT FREE VOUCHER NEXT EVENT - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Aku jarang rasa bertuah sepanjang hidup aku ni. Awalnya, aku terfikir-fikir, cerita apa aku nak story masa funrun kali ni. Karang asyik cerita aku aku asyik dilanda sakit sebelum funrun, ada yang anggap aku meraih simpati. A big NO ~ hanya kebetulan je.


Event Time VS Run 2019 anjuran AGE ni dah lama aku nak join. Tujuan utama nak join sebab baju dengan medal dia cantik. Haha ! Selain tu, memupuk aku untuk aktif juga. Dua dalam satu lah gitu. Bila tengok 5km, aku berkira-kira juga, tapi lepas tu aku decide nak join juga, memandangkan adik-adik aku nak join sama.

Adik-adik aku excited sangat. Aku apa lagi kan? Dah adik-adik yang join, kita pula over-excited. Dengan adik-adik ni aku jadi gila-gila semacam. Mungkin selesa.

So pagi tadi, Is yang hantar kami ke Padang Merbok, Kuala Lumpur. Event dimulai dengan zumba, seterusnya memulakan larian pada jam 7:30 pagi. Aku tak pernah tahu Padang Merbok ni kawasan dia berbukit sana sini. Haha !


Awal-awal dah meredah jalan berbukit. Kalau menurun takpe lagi. Ni mendaki. Aku dah macam nak patah kaki. Mujur Aboy tak give-up follow aku. Dia volunteer jaga aku sepanjang 5km. Walaupun berkali-kali aku suruh dia ikut Aliah ke depan. Tapi dia tetap nak teman aku, sebab dia risau aku pengsan. Aku memang kalah dengan bukit. Aduhai~

Aliah memang dah ke depan. Dia kata nak cepat sampai, nak rehat awal. Aliah antara yang paling awal sampai. Bangga lah kejap adik aku seorang tu. Pula, dia baru first time join. Ada kebanggaan sangat disitu.

Kelam gambar ni, hahaha jadilah tempek sini buat kenangan ~

Aku realise yang aku dengan Aboy adalah peserta yang sampai paling akhir. Kesian pula pada Aboy, terpaksa jadi peserta terakhir demi aku. Sampai je ke garisan penamat, aku pelik kenapa semua pandang aku dengan Aboy, lepas tu tepuk tangan? Aku awalnya mula rasa diketawakan. Sebab aku paling last ke? Aku senyum je la.

Lepas tu aku dengan emcee cakap ... " Berikan tepukan gemuruh pada peserta terakhir kita, iaitu peserta Kelainan Upaya.." aku macam... "gulpss.." So aku assume, mungkin sebab diorang nampak tangan Aboy. Tangan Aboy memang nampak obvious kelainan upaya sebab lembik sebelah.

Tapi aku pelik bila orang ajak aku bergambar. Lepas seorang, seorang lagi yang ajak bergambar. Aku dah macam... "Akukah peserta Kelainan Upaya yang dimaksudkan? Adakah sebab aku jalan senget?" Sebenarnya banyak persoalan dalam otak aku. Cuma aku layankan saja peserta yang ajak aku bergambar. Muka memang rabak habis. Lepas bergambar, masing-masing ucap tahniah pada aku dan Aboy.


Encik Organizer pun ucap tahniah pada kami. Siap offer nak bagi Free Voucher yang merupakan Event Breakfast Run anjuran pihak AGE juga. Alhamdulillah rezeki kami pada event Time VS Run ini. Aku pun tak sangka. Terima kasih pihak AGE :)


Masa ini, adik-adik aku semua dah lembik. Termasuklah aku. Tapi aku macam biasa, pura-pura cool. Mata bengkak tak sedar diri tu. Apapun, as kakak, aku bangga dengan kejayaan adik-adik aku. Kuat semangat adik-adik aku ni tau.

Cantik kan medal Time VS Run ?
.
.

.
.
.
Masa balik tu, ada story lain. Kami tunggu Is agak lama. Is balik Ampang kejap. Jarak Ampang ke Padang Merbok mengambil masa selama lebih kurang 20 minit je. Tapi kami tunggu, lebih dari tu. Is call aku minta hantar location. Bila aku hantar, Is tetap tak jumpa. Aku dah kata dah, aku dekat Padang Merbok.

Dengan suara serba salah dalam talian, Is cakap... "Laaa Padang Merbok ke? Bukan Padang Tembak? " Aku dah berderau dah. Bukan marah, tapi risau jauh. Tapi mujur Padang Tembak tu 10 minit je dari Padang Merbok. Haha ! Macam-macam tau suami aku seorang ni.


Aku selalu update aku masuk fun run, bukan sebab aku nak show off. Aku sedar aku bukan kuat sangat. Aku sedar aku berbadan senget. Aku sedar aku jalan macam orang tempang. Aku ada low self esteem yang amat teruk. Awalnya aku takut nak aktif. Otak aku sudah dimonopoli dari kecil, yang aku tak kuat.

Tapi aku cuba. Aku cuba untuk expose diri aku. Aku cuba untuk aktif walaupun antibodi aku tak kuat. Aku cuba tunjuk pada dunia yang aku tak kisah orang memperendahkan waima perkecilkan aku. Apa aku buat, adalah untuk kepuasan diri aku sendiri.


Aku harap orang tak sentiasa compare diri sendiri dengan diri aku. Sebab semua orang ada bahagian hidup masing-masing. Ada kekuatan masing-masing. Aku hanya mampu fun run atau walk ini aje. Untuk aktif benda lain, aku tak capai limit sampai situ.

Kita kena berdiri atas kaki sendiri. Tahu limit kita. Kena bangga dengan apa saja kurang lebih hidup kita. Kau bayangkan, nak masuk umur 30 tahun, baru aku realise semua ni. Sebab aku ada sikap low self-esteem yang amat teruk.

In the end, aku dah nampak diri aku. Ya, aku memang paling belakang. Sekurangnya aku masih tidak perlu harap bantuan pihak medik, Itu pun aku dah bersyukur sangat.

The writer,
Auni Muthal'lib
End Stage Renal Failure
Papilarry Thyroid Carcinoma

#AuniTheIronLady

Post a Comment

1 Comments

  1. Semangat awak memang kuat. Teruskan begini dik.. Semoga tuhan sentiasa melindungi awak.

    ReplyDelete