19 DISEMBER 2019 : KLINIK TIROID DI PEMBEDAHAN AM HOSPITAL KUALA LUMPUR

19 DISEMBER 2019 : KLINIK TIROID DI PEMBEDAHAN AM HOSPITAL KUALA LUMPUR - Semalam aku tak rasa bosan sangat masa Klinik Tiroid dekat Pembedahan Am, Hospital Kuala Lumpur. Sebab apa? Sebab Aliah teman aku.

Bukan apa, biasanya aku seorang diri. Sunyi sungguh ! Dulu Is yang teman aku. Tapi sejak Is guna wheelchair, aku malas bawa. Firstly sebab parking, second sebab Is ni tak boleh sejuk, asyik ulang alik toilet je.


Aliah teman sebab dia bosan duduk rumah. Dia cuti dua minggu sebelum masuk belajar. So sebelum ni dia dah biasa kerja. Bila duduk rumah, dia bosan. So nak join aku melepak dekat hospital je. Aku pun okay je la kan?

Alhamdulillah, kali ni memang tak lama sangat aku tunggu. Berbanding bulan-bulan sebelum ni. Kali ni rasa cepat je. Adalah dalam 2 jam setengah je aku tunggu. Asyik borak-borak dengan Aliah, tak sedar pun masa berlalu. Boleh kata suara kami je bergelak ketawa kurang sopan dekat situ. Haha !

Saja tutup perut buncit bloated air ~

Selang beberapa ketika, nombor aku naik. Jumpa doktor Chinese kali ni. Macam best pula. Terubat rindu aku pada Miss Tan. Doktor tanya pasal result darah aku. Aku macam terkapai-kapai nak jawab. Aduhai.... 

Result darah yang lepas pun doktor kata tak dapat lagi. So how? Aku pun macam lost. Doktor memang kena tahu result darah aku, untuk pastikan dos ubat Thyroxine yang aku makan tidak lebih atau kurang.

Selepas bertanya doktor pakar, Dr. Rafi , akhirnya diorang decide aku teruskan makan 100mg macam biasa. Tak ada apa sangat pun berita tentang result aku. Sebab aku tahu, masa scan tu kanser aku dah tak ada. Cuma tunggu result darah je untuk pastikan.

Aku pun tak bolehlah senang hati. Sebab kanser ni, once clear pun, dia akan datang balik. Aku tak tahu kenapa aku macam redha dan aku rasa life aku sangat berkualiti dengan keadaan aku sakit ni.


Berbalik pada cerita Aliah ni kan, dia sanggup pula teman aku sampai ke Hospital Ampang untuk dialisis. Dia kata, sambil-sambil tu dia nak tengoklah macam mana procedure aku pasang tutup tiub ni haa. Sambil-sambil tu juga, dia belajar lah cara nak tekan mesin bila mesin aku berbunyi. Seronok je sesekali adik pula yang teman.

Tapi sedih juga terkenang dia dah nak sambung belajar. Sedih wooo. Dia je la member bergosip bawang holland aku. Aduhai... dahlah 3 tahun. Aku harap aku panjang umur untuk tengok dia kahwin. Korang tolonglah doakan aku panjang umur ya :)

Taip entri ni pun sedih. Entah kenapa entah sayur tempe sangat hati aku kebelakangan ni.

The writer,
Auni Muthal'lib



Post a Comment

0 Comments