MATA PUTIH NAIK GELEMBUNG,, AKU PANIK !

MATA PUTIH NAIK GELEMBUNG,, AKU PANIK ! - Kau dilanda kegatalan mata, lepas tu kau pun tenyeh sesedap rasa. Haaa ni yang aku alami. Aku ni jenis ada kondisi mata yang kering. Kekeringan dengan pesakit kidney failure merangkap thyroid adalah sesuatu yang biasa, tak pelik pun.

Cuma bila dah kering sangat, sana sini jadi gatal. Aku paling stress bila gatal dekat telinga dengan mata. Telinga aku dah hampir pekak sebab hampir setiap hari kena tonyoh dengan cotton bud


-Gambar hiasan- (tapi lebih kurang macam ni la mata aku)

Pagi tadi gatal mata, sesedap rasa jela aku tenyeh. Is dah marah aku. Aku punya kornea mata ni pun nampak problem juga. Keliling mata hitam dah mula membiru. Semua sebab aku suka gosok atau tenyeh mata.

Lepas bergaduh dengan Is pasal tenyeh mata ni, aku terlelap. Is suruh aku tidur sebab dia taknak aku keep on tenyeh mata je. So aku pun tidur lah. Bangun tidur terus mata rasa tak selesa. Rasa macam ada selaput yang mengganggu.



Aku apa lagi? Panik la. Aku ambil air sejuk Cowar, aku rendam muka aku lepas tu aku main kenyit-kenyit mata dalam air tu. Aku nampak lah keluar macam semut lah, habuk la dan sisa-sisa sampah dalam mata.

Tapi keadaan tidak selesa tu tak hilang. Aku perasan mata hitam aku tenggelam dek mata putih. Lagilah suspend. Aku dah niat nak pergi emergency. Yela.. risau kan..

Aku cuba tuam guna kain celup air panas. Buat slow-slow je. Lepas tu aku gosok-gosok mata secara perlahan dan selawat dekat area mata yang bermasalah tu. Alhamdulillah berkurang sikit. Aku memang panik, Tuhan je yang tahu.....

Lepas ni memang aku insaf nak gosok mata. TAKUT ! Plus. Kalau kena sakit mata macam ni, kalau dah tak tahan, jumpa doktor, jangan pandai sendiri letak eye drop. Sebab boleh jadi lebih teruk. Okay?


Post a Comment

1 Comments