SAMBAL PECAH TELUR AUNI STYLE

SAMBAL PECAH TELUR AUNI STYLE - Sesekali masak simple. Biasanya hari Jumaat macam ni aku memang tak masak beria sangat. Pagi tadi aku minta tolong Is belikan tosai untuk breakfast. Sambil-sambil tu tanya dia, nak makan apa?

Expectation aku tinggi juga sebab Is jenis suka minta macam lauk-lauk best. Tapi harini dia teringin nak makan Sambal Pecah Telur. Kau rasa? Amboiii senang sungguh kerja aku. Ingat nak juga regu dengan sayur apa-apa, sayur pula limited dekat rumah. So aku buat Sambal Telur je la.


Bahan-bahan aku guna hanya 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 4 senduk cili boh dah dua sudu besar sos cili. Kisar je semua. Tumis 1 labu bawang holland yang dihiris halus. Dah layu, masukkan bahan kisar.

Masak sehingga pecah minyak, masukkan air dan perasakan dengan kicap manis sikit, garam dan gula. biarkan mendidih. Kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji. Tutup kuali dengan penutup, kecilkan api. Biar telur masak.



Aku guna kuali leper. Senang sikit nak masak. Itu aku lah. Mungkin bagi korang guna periuk lebih mudah, kan? Seeloknya nonstick so telur cantik je.

Untuk resepi ni, aku guna 3 biji telur. Sebenarnya, sambal telur pecah ni best kalau guna telur yang masih baru. Especially untuk yang suka telur goyang.

Aku juga tanya kawan-kawan FB, lauk Sambal Pecah Telur ni sedap regu dengan apa? Ada diantaranya mencadangkan buncis tumis, masak lemak suhun, masak lemak ayam atau ikan, ikan atau ayam goreng dan sayur lemak putih.

Haaa nak idea free untuk korang yang pening tak tahu nak makan apa. Terima kasih tukang bagi idea.

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments