SINOPSIS MINGKI (TV3)


Peminat kucing jangan lupa menyaksikan drama menarik berjudul Mingki, di slot Cerekarama pada hari Sabtu ini, jam 9:30 malam. Kisah lain dari yang lain, bila kucing jadi watak utama.

JUDUL : MINGKI 
HARI/MASA : Sabtu, 7 Disember 2019, 9:30 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH :  Fairuz Loy
PENERBIT : Skyline Pictures 
PELAKON : Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Ameerul Asyraf, Fahrin Ahmad 

Mingki seekor kucing kesayangan Nek Mah yang tinggal di kampung. Mereka ibarat memang tidak dapat dipisahkan. Mingki dijadikan teman, malah penawar suka dan duka serta 'sahabat' tempat Nek Mah meluahkan segala isi hatinya.  Satu hari, Mingki ditakdirkan mati dan pergi meninggalkan Nek Mah. Nek Mah terlalu sedih sehingga murung. Dapatkah Nek Mah redha dengan pemergian Mingki?



Post a Comment

0 Comments