ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 51

ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 51 - Dah lama betul aku tak update ulasan Chandra Nandini. Busy lah uolsss! Harini aku start balik ya cerita ulasan drama favourite aku dan korang ni. Untuk episod-episod yang tertinggal tu, maaf aku tak mampu nak ulas panjang lebar episod demi episod.

Cuma, untuk episod-episod sebelum ni, kita akan dapat tahu yang Nandini ada seorang adik kembar, iaitu Roopa. Tapi Roopa dijaga oleh ibu tirinya Sunanda, secara rahsia. Sebab apa rahsia? Awal-awal bapak diorang si Nanda tu suruh Sunanda bunuh Roopa. Sebab ahli nujum kata Roopa ni akan bawa bencana.


Tapi Sunanda ni tak bunuh. Sebab dia bercadang nak balas dendam pada Nanda menggunakan Roopa ni. Perwatakan Nandini dengan Roopa memang jauh berbeza. Nandini sopan dan lembut walaupun tegas. Roopa ni pula jenis ceria dan gila-gila, tapi panas baran.

Haaa....... Satu hari tu, Roopa tolak adik Chandra yang nama Chaya tu sampai jatuh tangga dan pengsan. Akibatnya, Chaya keguguran. Untuk mengfitnah Nandini, Roopa cuba letak racun dalam ubat Chaya. Namun Chandra yang minum ubat beracun tu.


Satu istana mengfitnah Nandini atas kejadian itu. Namun Chandra pandai. Dia bersetongkol dengan Nandini dan berpura-pura seolah-olah menjatuhkan hukuman mati pada Nandini. Chandra plan nak tangkap pelaku sebenar yang meletak racun dalam ubat tu.

Masa inilah Chandra sedar, bahawa Nandini mempunyai kembar ! So, Chandra plan dengan Nandini untuk kenakan Roopa..


Satu istana tidak tahu bahawa yang bersama dengan Chandra sekarang ini adalah Roopa, bukan Nandini. Haaa complicated kan? Actually Chandra dah sorok Nandini sebenar dalam bilik bawah tanah. Ini semua demi mengetahui siapa yang selama ini menyamar jadi Nandini.

Di dalam bilik bawah tanah itu, Chandra dan Nandini sedar, mereka sebenarnya saling mencintai. Tapi dua-dua mereka ego. 

Post a Comment

0 Comments