ULASAN CHANDRA NANDINI EPISOD 52

Nandini tidak mengetahui bahawa Roopa adalah kembar dia. Yang dia tahu, Roopa hanya penyamar. Chandra tak sampai hati nak bagitahu Nandini. Sebab comfirm Nandini sedih. Cuma Chandra memang berniat nak berterus-terang dengan Nandini, hanya tunggu masa je.


Dalam pada itu, Roopa mengambil kesempatan di atas kasih sayang orang dalam istana. Dia meminda Nenda untuk mengahwinkannya dengan Chandra semula. Nenda bersetuju. Yela, Nenda ingatkan Roopa tu Nandini.

Sebenarnya Roopa bengang bila Helena memperendahkannya sebagai 'isteri yang menyamar' . Di kesempatan itulah Roopa ingin mengambil tempat menjadi isteri Chandra yang sah.

Nanda pula yang menculik anak Acharya, mengugut akan membunuh anak Acharya jika mereka (Acharya dan Chandra) tidak membawa Nandini kepadanya.


Acharya dan Chandra ingin menggunakan Roopa sebagai umpan kepada Chandra. Namun, Roopa tidak tahu dia diperalatkan. Sebaliknya, Roopa suka bila Chandra menyatakan hasrat untuk membawanya berjumpa Nanda. Bagi Roopa, tak ada yang lebih memuaskan hatinya berbanding membunuh ayahnya sendiri.



Nandini akhirnya mengetahui bahawa Roopa adalah adiknya. Dia terkilan kerana Chandra tidak memberitahunya sendiri. Untuk menyiasat perkara ini, Nandini bergegas ke tempat persembunyian Nanda. Malangnya, Nanda menyangka yang datang kepadanya itu adalah Roopa.


Awal-awal lagi Nanda dah tahu Chandra dengan Acharya nak umpan dia menggunakan Roopa. Nanda juga sudah tahu kewujudan Roopa. Namun, dia tidak tahu, di depannya itu adalah Nandini !

Sebelum menikam Nandini, Nanda telah membuka semua pekung di dadanya. Dia telah mengaku dia yang membunuh bapa Chandra, menyeksa ibu Moora dan cuba membunuh Roopa ketika Roopa lahir. Nandini terlalu sedih dengan kebenaran yang keluar dari mulut ayahanda kesayangannya.

Ketika Nandini ditikam, Roopa sampai kedalam gua. Nanda dah mula gelabah. Dia bunuh pula Roopa. Sedih je aku tengok masa ni. Roopa yang nyawa-nyawa ikan tu tak ada siapa peduli. Semua concern pada Nandini je. Akhirnya Roopa mati.



Post a Comment

0 Comments