AGE BREAKFAST RUN 5KM : BIARPUN PESERTA AKHIR, AKU BERJAYA TAMATKAN LARIAN !

AGE BREAKFAST RUN 5KM : BIARPUN PESERTA AKHIR, AKU BERJAYA TAMATKAN LARIAN ! - Masa aku cakap dengan Kak Rashidah, yang aku malu sebab sampai paling akhir, Kak Rashidah cakap, aku patut berbangga, sebab aku tetap berjuang sampai penamat. Semangat itu yang paling penting, bukan siapa sampai dulu.



Aku sebenarnya diserang hypo lepas dialisis hari Sabtu tu. Tak tahu salah makan atau salah apa. Tapi aku rasa penat sangat-sangat. Nak kata kurang gula, rasa macam terlebih gula. Entahlah, aku tak pasti.

Disebabkan aku dapat voucher percuma untuk event aAge Breakfast Run ini, aku gagahkan diri untuk join. Lepas tu kesian dekat Aboy yang excited nak join. Dia pun dapat free voucher.

Bersama dengan organizer.
Credit Photo : Sayap Kiri Photography

Bakar kalori dan ambil kembali kalori.
Tagline dia.. menduga sungguh. Haha !

So, nak dijadikan cerita, aku struggle sikit untuk event ni. Aku memang kerah semangat sendiri. Aku push sebab aku tahu aku mampu habiskan. Macam aku kata, aku tahu limit aku. Kalau aku tak mampu, aku stop.

Aku dengan adik aku, Aboy.

Dalam event ni, ramai peserta sampai awal. Yang belakang-belakang aku semua dah ke depan. Yang kesian, Aboy. Sebab kena teman aku. Aku suruh dia jalan dulu, dia nak juga teman. Aku dah cakap.. nanti malu laa ikut aku dapat last sekali. Dia kata takpe, dia nak jaga aku.



Banyak kali Aboy tanya aku, nak minta bantuan medik tak? Sebab aku memang dah pucat sangat. Aku ni biasalah, berlagak kan? So aku pun cakap, aku okay je. Aku nak fight sampai habis jugak !

Dalam pada berpenat-penat tu, sempat juga posing depan banner AGE ni haa~ Bukti aku merentas setiap kilometer yang ada tanpa shortcut !


Dan.. alhamdulillah. Medal dekat tangan. Hilang segala penat lelah. Aku akui, bila emcee buat announcement Peserta Terakhir, aku agak malu. Tapi bila teringat kata-kata Kak Rashidah, terus aku rasa berbangga.

Ya, sekurangnya aku tak perlukan pertolongan medik untuk sampai. Aku fight sampai akhir. Salah aku tak bawa gula-gula je haritu. Aku cepat hypo gula.

Cantik comel kan medal untuk Breakfast Run ni?

Sampai je ke finishing, dengar announcement dari emcee. Berikan tepukan untuk peserta kita yang terakhir, peserta Orang Kelainan Upaya . Haha ! Aku buat muka toya sambil berlari-lari anak ke arah organizer. Tak sabar nak capai medal. Aku share title Orang Kelainan Upaya tu dengan Aboy, since Aboy pemegang kad OKU. ahaks ~

Credit Photo : Sayap Kiri Photography


Dengan Kak Rashidah. Sama-sama Kidney Fighter tau kami ni ~

Nak cari tempat duduk, sambil mata melilau-lilau cari Kak Rashidah. Eh eh Kak Rashidah ni macam tahu je aku cari dia. Tiba-tiba nampak Kak Rashidah lambai-lambai. Haaa peluk cium lah kami masa tu.



Masa ni tengah lucky draw. Kemain berharap nombor bid sendiri naik. Tapi... alahai.. aku ni kalau lucky draw selalu je tak lucky . Seronok tengok orang dapat hadiah. Ehh masa Time VS Run haritu dah dapat hadiah, okay lah tu kan? Rezeki takkan selalu datang. Dapat bergambar dengan organizer pun rezeki juga peee~


Ada yang mungkin anggap aku bangga diri. Ada yang mungkin anggap aku show-off dengan aktiviti Fun Run ini. Tapi percayalah, bila ramai-ramai aktif, aku rasa happy. Aku hanya hargai peluang dan masa yang masih tersisa. Esok lusa mungkin Allah Taala tarik nikmat yang ini, siapa tahu kan?

Untuk Tahun 2020, aku berniat ingin abaikan segala anasir negatif. Dan audit diri sendiri untuk lebih sihat, untuk lebih berjaya. Beberapa tahun aku sia-siakan hidup aku dengan aktiviti tak bermanfaat.



Aktiviti sebegini buat aku lebih positif. Kau tak akan pernah tahu lelah penat aku. Disaat aku perlu berlawan sakit sendiri, aku perlu kuat untuk orang lain yang aku sayang. Aku perlu menjaga suami yang turut berlawan sakit. It's not easy, bila kau berbadan kecil.

Aku tak kisah. Aku letak satu perkara. Hidup mati aku hanya milik Allah Taala. Aku buat apa yang boleh bahagiakan aku.

The writer,
Auni Muthal'lib
End Stage Renal Failure
Papilarry Thyroid Carcinoma

#AuniTheIronLady

Post a Comment

2 Comments

  1. Tahniah. Seronok baca entry ni. Kak pip pun ntah mampu ke Tak nak berlari ni, dah lama sangat Tak run run mcm ni.

    ReplyDelete
  2. rajin auni join run. terbaik!
    aida ?
    hu hu hu hu hu ntah kan bila nak mula berlari kembali :(

    ReplyDelete