LUNCH DENGAN NASI MINYAK SUNQUICK

LUNCH DENGAN NASI MINYAK SUNQUICK - Sesekali Aliah balik dari tempat dia belajar, Mama masak yang sedap lah kan? Kesian dia, mengadu dekat kami, dia dekat sana tak makan, sebab lauk semua pedas. Bukan dia tak kuat pedas, tapi perut dia tak tahan.

Nasi Minyak Sunquick ~

So bila Aliah dah balik ni, dapatlah merasa makan sedap sikit. Ehh bukan maksud aku kalau Aliah takde, Mama masak tak sedap. Cuma Mama jarang masak laa..

Harini Mama masak , Nasi Minyak Sunquick dengan Ayam Merah Madu dan Jelatah. Memang enjoy gila bila makan ramai-ramai. Aku je tak berapa nak enjoy sebab bloated campur mabuk tak habis sebab ubat selesema semalam.

Ayam Merah Madu~

Jelatah ~

Bila dah makan sedap-sedap, air pun kena sedap juga kan? So Mama buat air oren dari Sunquick juga. Ehhh korang mesti ingat aku buat entri review kan? Tapi tidak ya? Memang hero utama kita Sunquick harini.

Oren Sunquick ~

Air oren Sunquick memang favourite aku sebab dia ada masam-masam dan kita boleh cari manis dia bila bancuh dengan air gula. Aku hampir lupa diri masa minum air ni tadi. Dah kata favourite kan? Lupa diri tu tak tahu nak kata laa~

Special thanks to Mama sebab masak yang sedap-sedap. Harini aku tak mampu nak control makan dah. Semoga esok aku kembali insofff !

The writer,
Auni Muthal'lib



Post a Comment

0 Comments