MENU TENGAHARI ALA CINA

MENU TENGAHARI ALA CINA - Jarang sangat aku masak sekarang. Kalau masak pun biasanya yang santan-santan macam kari atau kurma. Ada masa tu buat juga masak lemak cili api. Tapi ulang-ulang lauk tu naik jemu juga, kan?

Aku suka lauk ala Cina. Walaupun ada yang kata masakan Cina ni banyak guna perasa tapi aku memang suka. Tapi jarang aku nak masak sebab dekat rumah ni semua tekak Melayu.

So, jom lah tengok aku masak apa tadi.

Ayam Gajus

Udang Goreng Kunyit

Lobak Masin Kilas Telur

Sedap bila makan macam ni. Nanti aku share resipi ya? Yang lobak masin ni, kalau makan dengan nasi macam tu pun ... Ya Allah sedapnya. Tapi aku dah perah banyak kali, bagi hilang masin-masin dia tu. Sungguhpun begitu, masin dia tetap ada tau! So tak ada istilah garam tambahan dalam menu ni.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments