22 JANUARI 2020 : PERGELANGAN TANGAN TERBAKAR

22 JANUARI 2020 : PERGELANGAN TANGAN TERBAKAR - Acah je tajuk pun. Tapi memang betul, tangan aku terbakar akibat disiram marjerin cair yang panas.

Pagi tu aku kelaparan, so bebuat rajin nak masak. Konon nak masak burger untuk Is. Nak dijadikan cerita, aku panaskan kuali sambil-sambil cari ayam dalam freezer. Dah panas kuali tu, aku masukkan marjerin, haaa boleh biarkan pula marjerin tu panas.


Lepas dah berasap dapur, baru aku campak burger. Haaa ~ pandai sangat kau campak dalam marjerin tu, melompat lah marjerin tu menyirami tangan aku yang dah memang tak lawa ni.

Menangis aku kat dapur. Last aku tersiram minyak panas dulu adalah long-long time ago. Masa tu nak alih ayam, terpercik kat muka aku, habis melepuh.

Syukur, kali ni tangan aku tak melepuh. Macam-macam aku buat, siram air sejuk la, siram air paip la, last sekali aku rendam tangan aku dalam tepung. Kalau ada aloevera gel pun best juga. Aloevera tu helokkk ye uolssss.

Pengajaran untuk aku ~ Jangan tinggalkan kuali !

The writer,
Tunsha Ayunie


Post a Comment

0 Comments