RESEPI ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN AUNI STYLE

RESEPI ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN AUNI STYLE - Hai korang ! Assalamualaikum wbt ! Aku dah lama tak tulis pasal resepi kan? Lately macam teringin je nak makan asam laksa sardin tin. Untuk pesakit kidney failure macam aku, sememangnya ini menu yang mengundang phosphate tinggi.

Untuk yang normal, mungkin boleh menghirup kuah. Resepi ni resepi try and error dari aku. Sebab aku rindu gila dengan asam laksa dekat sekolah. So bila aku buat asam laksa guna sardin tin ni, rasa dia hampir sama dengan asam laksa sekolah !

RESEPI ASAM LAKSA SARDIN TIN AUNI STYLE

RESEPI KUAH ASAM LAKSA IKAN SARDIN TIN

Bahan-bahan :
1 tin besar ikan sardin - kisar halus bersama sosnya
1/2 buah nenas @ 1 tin nenas saiz besar - kisar halus bersama airnya
2 biji bawang besar
Segenggam cili api (boleh ganti dengan cili boh)
1/2 sudu besar belacan
2 sudu besar petis udang
1 sudu besar asam jawa
1 batang bunga kantan
1 batang serai
Daun kesum
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sampingan :
Telur rebus
Cili padi
Timun
Bawang
Daun salad
Daun pudina
Nenas




Cara-cara :
Kisar bawang besar, cili api dan belacan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan masukkan serai, bungan kantan dan daun kesum. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.

Bila dah naik bau, masukkan sardin kisar dan biarkan sekejap. Masukkan pula nenas kisar. Biarkan mendidih. Masa ni kuah jadi pekat, bolehlah korang alter dengan air. Nak cair ke nak pekat ke.

Tengah mendidih tu, masukkan petis udang, pes asam jawa, gula dan garam. Ikut la tekak korang. Kuah ni ada elemen masam, manis dan masin sikit. 



SIAP! Selamat mencuba :)



Post a Comment

0 Comments