RESEPI SAMBAL BALADO PADANG GERENTI SEDAP !

RESEPI SAMBAL BALADO PADANG GERENTI SEDAP ! - Ya Allah, kemain lagi bangga riak takbur punya tajuk. Bukan apa, aku dah lama try and error buat Sambal Padang ni, tak pernah nak menjadi sampai aku stress. Apa lagi "dosa" aku dalam pembikinan sambal yang menjadi kegemaran aku ni?

Macam-macam resepi aku guna untuk mendapatkan rasa seperti sambal padang di restoran masakan padang. Sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah, menjadi ! Tak perlu banyak bahan untuk mendapatkan rasa sambal yang sedap.

Untuk resepi ni, aku regu dengan telur rebus yang digoreng. Boleh juga guna ayam goreng, ikan goreng, dan sebagainya.

RESEPI SAMBAL BALADO PADANG GERENTI SEDAP !


RESEPI SAMBAL BALADO PADANG YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN :
(tumbuk @ kisar kasar)
5 biji cili hidup
5 biji cili padi merah
1 labu bawang besar merah
1 biji buah tomato
1 cawan stok ayam @ setengah kiub ayam

(bahan lain)
5 helai daun salam @ bay leaf
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam

************************************

CARA-CARA :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Nisbah minyak adalah, minyak perlu lebih banyak daripada bahan kisar. Selepas masukkan bahan kisar dalam minyak, terus masukkan daun salam. Masak dalam api sederhana kecil. Bila dah mula pecah minyak, masukkan gula dan garam. 

NOTE : Jika nak rasa Sambal Padang yang lebih kick, bawang besar tidak perlu dikisar. Cukup hiris halus dan masak dengan cili.

Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments