SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2020 : NAMUN AKU DEMAM

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2020 : NAMUN AKU DEMAM - Selamat Menyambut Tahun Baru 2020 ! Mungkin ramai yang excited nak tengok kereta terbang, tapi apakan daya? Berangan jela dulu.

Aku seperti tak mengharapkan apa-apa sangat pun untuk negara ni. Sebab selagi politik kotor berleluasa, seperti itu jela keadaannya. Dah dah.. kau dah kenapa nak bercakap macam menteri?

Harapan aku, dah tentulah nak negara ni aman makmur, berkurangan kes rompak-rompakan dan penganiayaan. Itu tentang negara.


Untuk aku, aku berharap sangat aku dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kesembuhan, dikurniakan kesembuhan, menjadi hamba Yang Esa yang lebih tawaduk dalam ibadah dan kebaikan.

Baru masuk Tahun Baru, aku diuji demam batuk, selesema dan demam. Aku rasa ramai dapat ujian yang sama, kan? Post aku ramai update tak sihat. Mungkin permulaan ujian ini memberi hikmah di kemudian hari.

Moga aku cepat sembuh. Selamat datang 2020. Moga yang baik-baik saja melintasi kehidupan kita, insyaAllah.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments