SELAMAT TINGGAL DAYANG DENO..........

SELAMAT TINGGAL DAYANG DENO.......... Masa aku bangun pagi, hari Sabtu baru ini, Bart, kawan lama aku tag aku pada satu post. Seusai membaca post tersebut, aku menggigil. Aku tak percaya, walaupun aku tahu, sebelumnya arwah dalam keadaan kritikal.


Setelah 44 hari berjuang, akhirnya Al-Haq telah mengambil hak-Nya. Dayang Deno atau Dayang Nurhidayah kembali pada Pencipta pada hari Jumaat yang penuh barakah. Ya Allah, perginya arwah di hari yang mulia.


Aku kesal kerana tidak sempat bertemu muka dengan arwah. Sedangkan sebelum ini, kami berjanji untuk berjumpa berselfie bersama. Namun, perancangan Allah Taala tidak ada siapa yang mampu bantah. Aku redha, walaupun aku menangis bersungguh disaat menerima berita pemergian Dayang.



Dear Dayang @ DD ,

Saya tahu, awak mungkin tidak membaca, namun saya masih nak menulis, sekadar coretan. Saya terlalu merasai kehilangan awak, walaupun kali terakhir kita berjumpa mungkin disaat kita tidak kenal erti rencah dunia.

Dayang sayang...

Kini awak dah berehat di sana negara paling abadi. Saya tahu kini Tuhan menjaga awak, memeluk awak. Mesti awak dah tenang di sana kan?

Banyak yang awak lalui, penuh pancaroba kehidupan. Penuh lelah penat yang awak sembunyikan. Awak hanya senyum, disamping lukisan doodle awak yang maha comel itu.

Positif awak buat saya cemburu. Betapa kuatnya awak sampai orang yang tidak kenal, tak akan tahu awak seorang fighter. Saya mula rindukan awak Dayang...

Saya doakan Allah SWT adakan satu tempat untuk awak di syurga. Semoga awak tidak akan dihisab. Awak menenangkan ramai orang. Pemergian awak dirasai ramai orang. Bukti betapa baiknya awak semasa hidup awak.

Saya sayang awak,
saya rindu awak,

Rehatlah Dayang sayang....
Saya akan menyusul juga satu detik hari :')

 [[ Dayang Deno dalam kenangan........ ]]



Post a Comment

3 Comments

  1. Innalilah...Sis Dayang sakit ke?..tak sangka tiba2 sahaja pergi..

    ReplyDelete
  2. Insyallah. Auni pasti akan bertemu arwah di syurga kelak. Amin.

    ReplyDelete
  3. alahai.
    sedih juga bila tahu berita ni. aduhai...

    ReplyDelete