SINOPSIS CAMELIA (TV3)


SINOPSIS CAMELIA (TV3) - Korang dah tonton cerita drama Camelia di TV3? Cerita ini agak berat dari segi penceritaannya tapi agak menarik.

JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
HARI/MASA : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SLOT : Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa'wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PENERBIT : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku


SINOPSIS DRAMA CAMELIA

Mengisahkan tentang Mariam yang ada split identity. Mariam dan Marina adalah dua adik beradik yang sentiasa bertegang lidah. Tok Su sangat menyayangi si adik, iaitu Marina. Sebaliknya ibu mereka, Zainab, sangat menyayangi Mariam. 

Kerana terlalu dimanjakan oleh Tok Su, Marina menjadi seorang gadis yang manja, biadab serta pemalas. Berbanding Mariam, yang rajin belajar.



Namun, Mariam tetap menjadi tertekan apabila sering dibanding-bandingkan oleh Tok Su. Marina sering dipuji cantik. Sungguhpun begitu. ayah, ibu dan abang angkatnya, Malik, sentiasa menyebelahinya.

Walaupun masih ada yang menyayangi, namun Mariam tetap dilanda tekanan. Marina yang tidak menyukainya, berusaha membuat jahat demi kejahatan. Hal itu membuatkan Mariam menjadi lebih tertekan dan trauma.

Tekanan itu telah membuat Mariam mengalami Split Identity. Adakala. dia akan menjadi Camelia yang ingin membalas dendam akan perbuatan Marina.

Malik akhirnya berkahwin dengan Mariam dan sedaya upaya cuba untuk membawa keluar watak Camelia jauh dari dalam diri Mariam.



Post a Comment

1 Comments