SINOPSIS RACUN SUAMI JAHANAM (ASTRO CITRA)


Jangan lupa menyaksikan telefilem di Astro Citra, pada hari Sabtu ini (25 Janurari 2020) , jam 9:00 malam.

JUDUL : RACUN SUAMI JAHANAM
HARI / MASA : 25 Januari 2020, Sabtu, jam 9:00 malam
SLOT : Astro Citra
PENGARAH : Micheal Ang
PENERBIT : Juita Viden
PENULIS SKRIP : Amor Rizan
PELAKON : Mimi Lana, Riz Amin, Ben Amir, Scha Alyahya

SINOPSIS RACUN SUAMI JAHANAM

Hazrul telah menghantar rombongan meminang Suraya, seorang gadis kampung yang naif dan mendengar kata. Wakil kepada Hazrul memuji-muji bahawa Hazrul seorang lelaki yang baik. Suraya menerima pinangan itu. Namun, hidupnya tidaklah seindah yang disangka.




Hazrul yang sepatutnya menjaga kehormatan isterinya Suraya, bertindak menjual maruah isterinya itu. Suraya ingin lari pulang pada keluarganya, tapi Hazrul pandai berdrama.

Pada ibubapa Suraya, diburukkan Suraya. Kononnya Suraya hidup sosial. Keluarga Suraya percaya bulat-bulat semua kata-kata yang keluar dari mulut Hazrul.

Perkenalan dengan Rizal membuka ruang untuk Suraya menyelamatkan diri. Namun sangkaannya meleset, Rizal lebih binatang berbanding Hazrul.

Suraya seakan tiada tempat bergantung. Dia mula berkenalan dengan Maria. Maria ingin membantu Suraya membalas dendam.

Hakikat yang sebenar, Suraya mengalami split identity akibat terlalu tertekan. Tanpa dia sedar, Maria adalah dirinya sendiri.



Post a Comment

1 Comments