SINOPSIS TITIAN TAKDIR (TV3)


SINOPSIS TITIAN TAKDIR (TV3) - Suka dengan konsep drama Titian Takdir ni sebab jalan cerita berkisarkan tentang perpisahan adik-beradik. Drama Titian Takdir sudah mula ditayangkan di TV3, setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9:00 malam.


JUDUL : TITIAN TAKDIR
EPISOD : 13 episod
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SLOT : Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PENERBIT : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Sweet Qismina, Nadia Brian, Fimie Don, Syazuwan Hassan, Fazren Rafi, Atiq Azman, Bella Dowanna, Dhia Irdina, Habiel Lutfillah, Syamim Razi, Putri Syahadah Nurjannah, Asyiqin Zaed,  Balkisyh Semundur Khan, Zarynn Min, Normah Damanhuri, Mahmud Ali Bashah, Emelda Rosmila, Yumna Ayuna

SINOPSIS TITIAN TAKDIR

Mengisahkan tentang konflik adik-beradik yang terpisah. Latifah, Aishah, Nazmi dan Ayoi adalah empat adik beradik yang menjadi yatim piatu ketika mereka masih remaja. Mereka ada seorang nenek, Wan Jah, dan juga ibu saudara, Che Yun, namun Wan Jah dan Che Yun tidak menyayangi mereka.

Sepeninggalan selepas ibu mereka meninggal dunia, mereka dijaga oleh Wan Jah dan Che Yun. Namun mereka didera, Akhirnya, Wan Jah menghantar mereka ke rumah anak yatim.



Sepasang suami isteri iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina, sudah lama berkahwin dan tidak mempunyai anak. Di rumah anak yatim itu, mereka bersemuka dengan Aishah dan berniat untuk mengambil Aishah sebagai anak angkat.

Meningkat dewasa, Nazmi cuba untuk menyatukan hubungan adik-beradik yang telah lama terpisah. Namun Aishah semakin lupa diri. Dia hanya mahu dikenali sebagai Kirana, memandangkan dia kini seorang artis.

Latifah bekerja dengan Dr.Kamil di sebuah klinik. Manakala Ayoi pula membesar menjadi seorang samseng. Dapatkah adik beradik ini bersatu?



Post a Comment

0 Comments