TEMAN SUAMI CT BRAIN DI INSTITUT KAJISARAF TUNKU ABDUL RAHMAN

TEMAN SUAMI CT BRAIN DI INSTITUT KAJISARAF TUNKU ABDUL RAHMAN - Rabu baru ni, aku teman Is pergi buat CT Brain sebab masalah stroke yang dia alami. Doktor nak tengok juga bengkak dekat saraf otak dia. Sebelum ni, scan lama menunjukkan otak Is ada pendarahan. Mungkin sebab darah tinggi tanpa sedar.


Expectation aku, tempat Is CT Brain adalah berdekatan dengan unit MRI. Dekat situ bolehlah selit-selit parking. Namun, sangkaan aku sangat meleset.

Awalnya, aku ke Klinik Neurosurgeri untuk dapatkan semua refer letter & appointment untuk dibawa ke unit CT Scan. Lepas tu Cik Misi cakap, tempat CT Brain Is ni dekat Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman.

Sesampai je kami ke institut tu, aku jadi blank. Tak ada parking ! Semua parking di situ hanya untuk staff saja. Aku hampa. Dalam hati mengeluh, entah kenapa aku terlalu emotional.


Aku rasa hampa sebab memikirkan kami harus parking di bangunan parking bertingkat. Jarak dari tempat parking ke institut kaji saraf memang kurang 1 kilometer. Tapi disebabkan wheelchair Is dah semakin berat, maka tenaga aku semakin berkurangan untuk menolak Is dari tempat parking ke institut.

Aku tarik nafas, dengan harapan aku ikhlas dengan semua yang terjadi pada hari itu. Banyak perkara yang aku ralat. Namun siapa aku untuk menentukan semua ni? Aku menelan rasa sebak sendiri.


Bersyukurnya aku, bila disaat aku dalam kesusahan dan keletihan, Allah Taala hadirkan ramai rakyat Malaysia berbilang kaum untuk menolong aku menolak wheelchair Is. Aku sangat-sangat berterima kasih. Alhamdulillah sangat-sangat. Allah Taala uji aku sedikit, dan DIA pulangkan kembali hikmah sedikit beban yang aku tanggung itu.


So, sebelum Is teruskan procedure CT Brain, pegawai cucuk branula sebab diorang akan bagi injection contrast pasa Is. Tengok muka Is terkemut-kemut masa cucuk branula tu buat aku rasa nak gelak je. Tak gangster langsung tau !


Selepas hampir 1 jam menunggu, akhirnya giliran Is dipanggil. Alhamdulillah everything going smoothly. Allah permudahkan segalanya. Cuma aku mengeluh di penghujung sebab badan aku rasa dah limit sangat.



Kepada suamiku yang dicintai dan disayangi,

Maafkan saya banyak mengeluh ketika ini. Emosi saya sungguh tidak stabil kebelakangan ini. Terima kasih masih bersabar. Terima kasih masih support saya disaat saya tidak tahu dimana mahu pergi dan lari. Semoga kita sama-sama bertahan, hingga akhir nafas kita ya sayang. Ampuni aku Ya Allah, atas rungutan yang tidak terkawal.

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments