TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR

TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROLOGI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Lamanya aku hold entri yang ni. Aku takdelah busy tapi asyik tak sihat je. So, Khamis lepas, aku teman Is pergi appointment dekat Neurologi, Hospital Kuala Lumpur.


Sebab nak jumpa Neurologi adalah sebab aku nak fully legal diagnose dari doktor tentang penyakit Is. Aku dah penat nak dengar bila doktor ni cakap Is sakit tu, doktor tu cakap Is sakit ni. So, bila dah jumpa Pakar Neurologi, alhamdulillah, apa yang aku ragukan hampir menemui jawapan.


Masa menunggu tak adalah lama sangat. Cuma terlalu ramai patient dekat Unit Neorologi ni. Aku hampir pitam. Rasa crowded gila-gila.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sakit Is, doktor ada order beberapa appointment termasuklah ambil darah. Selain itu, Is perlu jalani biopsi dan MRI. Harap semuanya dipermudahkan. Tak lain yang aku minta untuk atasi semua ini melainkan kekuatan.


Dah settle tu, ada lagi masa sebelum aku pergi dialsis, so aku ajak Is pergi makan dekat Wingstop area Mytown Shopping Centre. Tekak teringin nak makan burger. Haaa ~ nak kata sedap tu bagi aku biasa-biasa je la. Tapi kentang dia buat aku addict. Sedap namateyyy . Thanks sayang, moga melimpah ruah rezeki awak dunia akhirat.

My stronger man inside and out ~


To my dear husband...

Saya mungkin seorang yang gila, tak pandai berhias, tak pandai nak cantik-cantik, perangai macam kanak-kanak ribena, cepat naik angin, dan tak matang serba serbi. Tapi insyaAllah, selagi saya bernafas dan Allah Taala masih kurniakan nikmat kekuatan pada awak, saya akan cuba cari penawar untuk awak ya :) Doakan saya selalu kuat.

Love,
Your Iron Wife



Post a Comment

0 Comments